Thursday, June 9, 2011

AKU DAN NORA ELENA

Sejak cuti sekolah ni aktiviti aku tak lain tak bukan ialah tengok tv. Tengok tv tengok tv!!! Itulah perkara yang paling menarik sekali yang aku rasa aku buat selain tidur, tidur dan tidur. Kalau lagi 3 bulan aku asyik buat benda yang sama memang lemak lah aku kan. Lama lama boleh jadi perternak lemak yang berjaya. Aku takot silap-silap mak aku kunci pintu bilik dari luar siap buat grill jangan bagi aku keluar. Nak tidur sangat kan. Ha rasakan! Hihi. Tapi mak aku tak macam tu kot. Bila dia tengok aku tidur dia rileks je. Sebab masa tu baru kul10. Normal apa tidur sampai kul 10 pagi. Ala tipuulaah kalau takpernah buatt. Lepas tu dia keluar pergi kedai dia. Ha,lagi heavenlah kan aku nak tidur tanpa gangguan siapa-siapa. Agak-agak kul berapa aku bangun? Huahuhauhaua. Aku akan bangun awal sikit kalau zahirah ajak aku keluar jalan-jalan. Bab itu memang aku suka. Automatic aku akan bangun awal. Hebat!


Kuat-kuat tidur aku pun,jiwa aku romantik boleh tahan jugak lah. Aku pantang sungguh kalau tengok drama ke movie ke telefilem ke,memang pantang kalau cerita romantik. Terus feeling aku yang heroin drama tu. Tak ke berangan tak engat dunia namanya tu? Semua nama hero aku engat. Nama heroin tak berapa lah. Haha. Before ni kan ada cerita marimar dekat tv3 kan. Ala siapa yang kaki tengok tv macam aku mesti tau. Cerita tu best. Hero dia Sergio  tu hensem. Aku suka badan dia. Haha. Dan aku rasa kawan-kawan aku pun dah tau aku suka Sergio sampai tahap macam mana. Noob!

Tapi sejak cuti sekolah ni,cerita marimar takada. Apa punya alasanlah cerita marimar kena ganti dengan cerita kanak-kanak bongok dari Indonesia tu. Bosan tau dak. Bila terfikir-fikir balik,cuti sekolah doe. Budak-budak ramai tengok tv. Budak-budak mana boleh tengok marimar. Sebab marimar tu sexy. Auwwww! *tagline marimar* Kalau aku buat auwww gaya marimar okay tak?


 Cerita lain aku malas nak tengok selain marimar sebab tak ada yang kena dengan feel aku. Kalau best pun layan AXN,AFC masak-masak. Biarpun marimar takada selama 2 minggu, jiwa aku terubat lah jugak bila tengok Nora Elena. Kalau nak tau kalau tengok noraelena sambit tweet tweet best jugak doh. Rasa macam kau dengan aku masing-masing punyai minat yang sama. Padahal takde orang respon :B Janji ada orang baca. hiks


***************************************************************************




Mula-mula cerita ni biasa sangat, sangat simple aje pun. Macam drama-drama melayu yang lain. Tapi bila dah masuk tengah-tengah episode masa Ahmad Seth Tan nak mengorat Nora Elena. Cerita ni dah start best. Best sebab apa? Best sebab Aaron Aziz yang romantic. Hihi. Lagipun cerita diadaptasi dari novel yang bertajuk “Kasih Yang Suci” kan, so ayat novelll. Gila tak best kalau ayat novel! Bab romantic dalam novel tak payah cakap lah takada orang boleh lawan. So keromantikan Seth Tan hero novel tu diadaptasikan kedalam dunia drama. Real romantic. Mau kau tak best. Gila tak buat gadis-gadis,tak kecuali mak-mak,bini-bini orang feeling bila tengok drama tu. Hihi. tapi dalam novel keromantikan Seth lagi over. Ngade! Kalau betul-betul masuk tv boleh jadi 18sx lagi dah bukan tayangan umum. Maklumlah kan drama melayu tak boleh lebih-lebih. Kena jaga adat ketimuran sikit. Hihi.


Kalau dalam novel Nora Elena dengan Seth Tan takada pun terima ugutan daripada sesiapa. Adaptasi longgar kan. Even tak sama sangat tapi dia tak lari lah dari situasi sebenar dalam novel. Dalam novel Seth yang rogol Nora Elena sebab Seth tertengok vcd lucah dekat rumah membe dia. So dia macam tak boleh tahan nafsu. On the same time dia suka dekat Nora Elena. So Nora Elena yang jadi mangsa. itu cerita 10tahun dulu lah. bila dia dah besar dia rasa dia bersalah dan dia yakin dia memang sayang Nora Elena dan dia taknak orang lain dapat Nora Elena so dia terpaksa menyamar dan membuat panggilan pada Eid dan bagitau Eid yang Nora Elena dah tak suci. Akibat sikap terburu-buru Eid, Eid memutuskan pertunangan dia dengan Nora Elena dan Seth Tan dengan rela hati menggantikan tempat Eid. 

Konflik bermula apabila Seth Tan kantoi dengan Nora Elena sebab Nora Elena terjumpa topeng ski dengan pisau Rambo yang Seth guna masa nak rogol Nora Elena 10 tahun yang lalu. Sian Seth, baru 1st day tau yang Nora Elena mengandung dah kantoi bila Nora Elena terjumpa bukti dalam bilik bacaan rahsia Seth. Tak sempat nak merasa bahagia lebih lebih sebab Nora Elena dah mula jelik dengan dia. Masa tu dalam novel dah start konflik sampai ke habis. Tapi ending not bad lah.best. hihi. Dalam version tv tak tau lah macam mana. Kita nantikan 16.6.2011 ni final episode dia. Tungguuuuu...

Drama ni jugak boleh lekat dekat hati penonton sebab banyak scene romantic antara Seth dengan NoraElena. Lagipula lagu-lagu Ost untuk drama ni memang kena dengan tiap tiap babak. Blend dengan keadaan yang boleh buat kan kita semua tersengih sorang-sorang macam kerang busuk dekat depan tv. Betul kan? hihi.

Pengerak utama Nora Elena is Aaron Aziz dan Siti Saleha. Tapi pujian lebih patut diberikan kepada Aaron Aziz kerana ramai wanita yang menonton NoraElena disebabkan dia! Hihi. Sikap dia yang penyabar,penyayang,bertanggungjawab,romantik membuatkan semua berangan untuk mempunyai suami seperti Seth Tan didunia realiti. Termasuklah aku. Haha. Yang paling best pasal Seth ialah bila dia pandang Nora. Ololololo sweet nyaaaa! Malu-malu mahu bila dia pandang Nora. :P Good Job Aaron Aziz. Tenyata popularity Aaron Aziz jugak meningkat secara mendadak selepas drama ni. Dan adalah lebih manis jika Aaron aziz & Siti Saleha kerap melayan peminat-peminatnya dekat twitter denga Facebook,iye dak. Boleh kekalkan popularity bila rapat dengan peminat :D dan aku akan pastikan aku tidak ketinggalan untuk menonton KL GANGSTER disebabkan Aaron Aziz. Bhahahahaha.

Untuk Nora Elena a.k.a Siti Saleha. Anda sangat lawa. Seriously. “Beruntung kau dilahirkan muka cantik. Semua orang suka dekat kau. Memang lelaki nak perempuan lawa aje” – Ayat Adila, Nora Elena. Be fair lah Adila,perempuan pun nak muka yang hensem apa? hahahaha tapi yang penting hatiiiii!

Watak-watak sokongan lain seperti Eid, Inspector Amir, Yvonne, Malik, Pak Ali, Kak Pah, Adila banyak membantu drama ni sebenarnya. Lagi-lagi si Yvonne tuh. Macam nak tenyeh-tenyeh je cili segenggam dekat muka dia sebab jahat sangat! Geram! tak habis-habis nak jeles dengan Nora Elena. Dah Seth tak suka kau dahlah. zzzzzz

Kadang-kadang agak bangga jugak dengan drama melayu seperti NoraElena, Adamaya and etc etc yang mempunyai rating penonton yang sangat tinggi. Takadalah kita asyik dok support drama-drama Indonesia yang entah hape- hape itu kan. Kita pun boleh buat drama standing drama korea yang romantic tu. Hikhik. Memang tak dinafikan cerita ni sangat biasa-biasa sahaja. Ada kekurangan sana sini, scene yang tak sepatutnya takada pun takapa, tapi apabila ia memenuhi citarasa penonton memang ia akan hit di jiwa penonton dirumah. Dan anda akan merasa bahang popularitinya meningkat apabila nama-nama watak drama itu sendiri memenuhi wall dan timeline anda. Seperti “I fall in love with Seth Tan” Haha. Sampai kawan-kawan anda bengang,siapa SETAN ni sebenarnyaaaaa! Ops Seth Tan! :D

Dengar khabar ramai jugak ye lelaki balik rumah awal sebab nak tengok Nora Elenaaaa… :P betul tak? 
Dengar nya jugak ramai yang tak dapat jumpa novel kasih yang suci ni sebab banyak dah sold out. hihi. nasib baik kita sempat beli :P 



P/s: dah macam sesi meluahkan perasaan pulak tulis panjang-panjang ni. Pendapat anda? Hihi.