Wednesday, March 16, 2011

Picnic with classmates!

Harap Maklum,Ini entry yang sangat panjangggg :)

Sabtu lepas, aku pergi picnic dengan duapulohlima orang budak-budak kelas. campur aku jadi duapuluhenam orang. untuk memuatkan duapuluhenam orang budak-budak kelas ni hanya memerlukan enam kereta sahaja. kenapa banyak sangat no enam ni? biarkan. rasanya hanya kebetulan.

Malam sebelum kami picnic baru kami decide nak pergi mana, sasaran utama kami ialah sungai congkak. tapi memikirkan agak jauh dari Puncak Alam, kami bertukar fikiran ke Sungai Tua,Ulu Yam memandangkan ianya mengambil masa selama 45 minit sahaja dari rumah sewa kami di Puncak Alam ini. Memandangkan rumah Didie berdekatan dengan Ulu Yam,  dengan sukanya kami menggunakanya untuk menjadi Leader kami pada hari itu. Ternyata tidak silap untuk memilih Didie menjadi leader kami kerana kami langsung tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk tiba disana. itu sangat hebat.

Malam sebelum picnic, our main planner Chong menggunakan rumahnya sebagai tempat kami berkumpul untuk "marinate" ayam dan menyediakan segala kelengkapan lain. Akibat terkejut dengan kedatangan kaum-kaum wanita, Afan sebagai rakan serumah chong mula kelam kabut membasuh pinggan dan mengemas rumah sikit. Tapi biasalah rumah lelaki, what do you expect? haha. Hampir jam duabelas, barulah segalanya selesai. 

Sabtu, Aku,Eamy dan Piqa diamanahkan untuk mengoreng bihun. sudahlah berjanji untuk berkumpul jam 8.30 pagi. Standardlah bila kunci alarm enam pagi tapi snooze sampai jam tujuh pagi. itu hal biasa. Tapi bila sudah namanya perempuan hal masak-memasak ni tidak memerlukan masa yang lama bagi kami. Nasib baik jugaklah our Chef of the Day (C.O.D) Eamy sudah okay sikit demamnya. kami hanya siap memasak tepat-tepat 8.15 pagi. masing-masing mula kelam kabut bersiap. iyelah BERJANJI 8.30 katanya.

Kalau dah cakap janji melayu, memang 9.30 pagi jugaklah bertolak nya pun. siap campur dengan nak tangkap gambar semua kan.

gambar pembuka acara. bermakna duapuluhlima + sorang didalam kereta sudah berkumpul.
bagaikan attendance. ada dalam gambar maknanya Hadir.


disaat menunggu fendi yang ketinggalan di belakang. tehee 

Perjalanan mengambil masa kurang lebih 45 minit. masing-masing muka seronok bila sampai Sg Tua,Ulu Yam, even kami dah duapuluhdua tahun Uoll tapi bila nampak air masing-masing muka nak excited lebih. haha. 

Setelah membayar seringgit seorang, kami mula mencari kawasan yang strategik dan selesa untuk memuatkan duapuluhenam orang dalam satu masa. ramai uols. dah jumpa tempat yang okay, the boy mulalah main masak-masak. they started to buat bara api and etc etc. i dont know apa yang mereka buat sebab pada masa yang sama aku sudah lebihkan sungai dahulu.mandi sungai lebih menarik dari memasak nie. dah acane? lets the boy handle it! tehee. nasib lelaki-lelaki ni bertanggungjawab. sedappppp ayam dorang buat :D 
The boy dan unggun apinya
yeay! we made it. :D 

Delicious BBQ chicken. yummy!
kipas jangan tak kipas didie!
Artist on performance. Leslie a.k.a sudirman ;p

DAN 

Gambar-gambar poyo! haha
Last-last feeling macam Dewi Remaja dengan Hero Remaja eh.
masing-masing taknak kalah!
Last-last gambar dah jadi macam pertandingan hero remaja dah dalam hutan ni. apa kes? haha. 

Tepat jam 3 petang kami berangkat pulang. :) Mereka,classmates yang sangat sporting and sangat cool. if ramai lagi yang join maybe lagi super duper cool. ok.bai (^_^v)

2 comments:

  1. Salam .. wahh bestnya .. lama dah tak wat gini .. hahaha dah tua .. nak wat camner.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehe..buat dengan family pulak lah gtu :p

    ReplyDelete