Sunday, March 20, 2011

3rd International Hot Air Ballon Fiesta Putrajaya 2011

 sumber dari google

Hari ni hari Shikin cuti, kiranya macam dah jadi tradisilah kalau dia cuti,kamiorang kena keluar sama-sama. maklumlah bekerja sebagai Maxis Consultant,susah sikit dia nak cuti ni ha. bila dia cuti je, aku terus grab chance ni untuk invite dia keluar. siap nak berinvite-invite kauuu! Nasib baik on the same time syira balik cuti on weekend. cuma kurang lengkap sebab Zahirah tak ada. kalau dia ada lagi best kot. Zahirah memang busy mengalahkan doktor. Maklumlah bakal therapist kan.

Awalnya memang aku decide nak pergi Putrajaya eventhough Shikin dok kalut takde duit. Biasalah tengah-tengah bulan ni kan,mana dapat gaji lagi. tapi aku tau dia memang takde duit tu. kalau dia ada duit,dia memang rajin sikit belanja kitaorang makan. kitaorang lah yang untung bila dia baru dapat gaji. time tuh lah baru nak call tanya khabar! =p tapi takpee sebab antara kitaorang dialah yang dah kerja dulu. ada kereta dulu. ada rezeki lebih tau-tau dia kahwin duluuuu! siapa tau kan. tehee

Hari ni hujan memang lebat gila eh. tapi nasib baik masa sampai dekat putrajaya tadi keadaan dah okay sikit. Panas je. tapi yang agak senget nya kitaorang ni datang timing salah lah pulak. Belon mana nak dipasang tengah-tengah panas terik? kang meletop tak pasal. bayang-bayang belon pun tak nampak. :(:( belon dekat pasar malam tu banyak lah orang duduk jual. dah kenapa lah aku tak terfikir langsung before decide nak pergi sana. adoiadoi


Kebetulan dekat sana, ada one of my coursemates jadi seketeriat dekat event ni. Dayah Ahmad. Dia cakap aku patut datang pagi-pagi sebab belon ada time pagi dengan malam saje. katanya, orang dah start beratur untuk public ride dari jam 6 pagi untuk beli tiket. 300 tiket dijual dalam masa setengah jam je. katanya, wah dah macam gaya pemberita pulak ni ha, public ride buka dari jam 9 pagi sampai 11 pagi je. rasanya dalam sepuluh ringgit je kot tiketnya.

Aku macam terpanggilah untuk review sket pasal event ni :siapa panggil pun tak tau :p

-event ni best, penuh orang tadi, tapi bila takada belon udara tu rasanya macam pergi jalan-jalan dekat karnival jualan cuti sekolah sebab ramai orang meniaga kan. Tak dapat tengok belon takpe lah janji dapat makan fishball.huu

-kalau nak tengok belon-belon tu wajib pilih timing yang tepat. before nak pergi event tu,boleh tengok tentative acara dulu dekat website Hot Air Balloon  kang tak dapat nak tangkap gambar belon. penat je dok usung SLR kesana sini. Hee ;)

sumber dari google * acane nak ada gambar sendiri kalau bayang belon pun takde. hukhuk.

-Helicopter ride, standard harga among RM130 sahaja untuk 5minute trip. boleh tengok putrajaya dari udara.

-Event yang sesuai untuk together lepak dengan family semua.

-Event yang sesuai untuk photographer mencungkil bakat sebab environtment dia sumpah best. taulah putrajaya tu cantik macam mana kan. lagi-lagi bila penuh belon yang besar gabak warna-warni tu ada.

ketara tak muka tak puas hati tak dapat tengok belon? dari kiri syira, kanan sekali shikin ;)

*doremonnnnnnnnn!

Next year jika ada lagi, korang-korang semua patut pergi. best apa tengok belon-belon warna warni. siap bentuk doraemon bagai. hehe. Last-last aktiviti kitaorang hari ni duduk lepak alamanda  and tangkap gambar je. aktiviti wajib haruslah ada! tehee..

ok.bai :D

1 comment: