Saturday, May 8, 2010

Tips: 10 terbaik hadiah Hari Ibu


 Selamat hari ibu kepada semua wanita-wanita yang pernah mengandung dan melahirkan. Yang tak pernah mengandung juga diucapkan semoga cepat berkahwin dan menjadi ibu. sebabnya,apabila dah dekat hari ibu ni,ibu-ibu boleh demand hadiah yang best-best dari anak-anak.tetiba rasa macam Chritsmay Day bila masing-masing sibuk fikir kan hadiah apa yang nak bagi kat ibu-ibu kan. (:

Hadiah tak perlu lah mahal-mahal,janji biarlah seikhlas hati tanda kita sentiasa teringkatkan dan sayangkan mereka kan. cuba cakap siapa tak seronok bila orang bagi hadiah. siapa tak suka? habaq mai. meh bertaruh lawan siku.-.-'

berikut katanya adalah hadiah-hadiah yang sesuai untuk para-para ibu tanpa mengira usia :

1. Bawak mak pergi dinner. ajak semua sekali. mak ayah atuk nenek semua. surelah sempena mothers day ni,bertungkus lumus semua restoren buat promotions sempena mother days. ta percaya pergi survey.


2. Kasut dan handbag. belilah sepeket terus handbag dengan kasut.sure senyum lebar punya. ta payah nak beli carlo rino pun takpe. murah-murah sudah. yang penting. IKHLAS! sure 2,3 hari mak tidur peluk beg.



3: Hadiahkan ibu dengan kasih sayang dan doa (: mudah dan tak perlu mengeluarkan wang.

4.Masak something special khas untuk ibu anda. tutup matanya dan buatlah suprise party. juga bawakan sebiji kek untuk ibu anda. raikan mereka seperti permaisuri arab disertakan tarian belly dancing.pastikan ibu tiada lemah jantung!haha.

5. Minyak Wangi dan alat kosmetik. m.a.c,sillky girl,etc..

6. Create something special dan bermakna seperti kumpulkan semua gambar anda bersama ibu juga gambar-gambar family yang lain. hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri. buatkan ia secomel mungkin. tulis lah quote yang bermakna seperti "IBU,without you im dying" siapa nak masak kalau ibu takde? ibu we love you. simple tapi bermakna. -_____-'. yang penting kamu buat sendiri.

7.Sejambak bunga dan pastikan bunga itu besar dan cantik!



8. Sesetengah mak ni,kalau buat apa yang dia suruh pun dah kira okay dah bagi dia. dah cukup berbaloi dah tu. tak perlu beria bagi barang kemas ke habib jewels ke hape. tapi kalau bagi sure hambik jugak lepas tu pakai hari-hari buat g pasar. haha.

9. Jus MATE 5. terus touching mak aku nanti. haha.
10. Membawa ibu dan ayah anda menunaikan UMRAH dengan ALIA TRAVEL & TOURS.<--- klik sini. Berkat seumur hidup neh. harga boleh dirunding. sila rujuk di laman web rasmi kami. :D

kepada semua ibu-ibu,saya mengucapkan selamat hari ibu.ibu engkaulah ratu hatiku.muah muahh. (:

ma.puan hajjah nooraini awang.moga dipanjangkan umur. (:
u are really hardworking person untuk memastikan kami hidup dalam kesenangan kan.
thank you mom. :D
Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan tidak mungkin dapat ku balas.

5 comments:

  1. yang no 3 tu besar ertinya=)

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu kepada ibu-ibu di sunia :)

    ReplyDelete
  3. haha. kepada mak saya,

    wish sahaja yang dapat saya bagi yah?

    ReplyDelete
  4. I like no 2 & 7
    hehe....
    selamat hari ibu...
    maaf telat. :-)

    ReplyDelete