Friday, May 14, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010 JOB FAIR)

Seperti yang sedia maklum,karnival ni dah dua hari berlangsung dekat Pwtc ya. sejauh mana keberkesanan graduan untuk mendapat kerja tidaklah diketahui. so untuk mengetahuinya,sila lah pergi ke pwtc. :)

Dan untuk ke PWTC bukan lah pergi melenggang kangkung macam ke pasar. semua para-para graduan hendaklah menyiapkan diri dari segi semangat dan informasi-informasi terkini seperti menyediakan pertahanan yang kuat seperti Piala Thomas yang berlangsung sebentar tadi. oh sayang,malaysia kalah 3-0. Btw Lin Dan hensem. oh mai god. oh mai goddd =.='

Ok.untuk ke karnival kerjaya dan keusahawanan graduan (K3G 2010 Job Fair) ini. calon-calon hendaklah :

a. memakai pakaian yang sesuai. etika berpakaian untuk mencari kerja. first impression itu penting.

b. membawa resume dan dokumen yang lengkap

c. mengetahui serba-sedikit tentang syarikat yang menawarkan pekerjaan

d. Kenali potensi diri anda dan kelebihan-kelebihan diri

e. Jangan membawa pakwe atau makwe ya. sebab anda didapati tidak bersungguh apabila mencari kerja sambil bekepit dengan Gf/Bf.

Itu sahaja dari saya. Syazleen Ismail melaporkan untuk Astro Oasis :D
.

No comments:

Post a Comment