Friday, April 30, 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan

tadi sibuk dok google google benda benda merapu tetiba ternampak benda ni! ececeh. nak copy paste la. sebab aku kan single. saja nak berkongsi kongsi kat korang jugak.hope hopelah lepas ni ada orang nak hantar kad jemputan kahwin pulak kat aku kan.even kita idok le kenal depan depan.tapi dok salahnye kalau deme nak kasi.hehe.
moh le layan tips tips ni ye. dibawakan khas dari blog FERYCO .ditulis oleh dato haji fadzilah kamsah. untuk dikongsi pertama. amik nafas banyak banyak sebab kene baca banyak ni. 60 tips beb! :D

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.



4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, April 29, 2010

Already release

9.10A.M! aku dah abis buat presentation! sedangkan membe-membe aku yang lain terbongkang lagi kat rumah.haha. aku dah abis then aku enjoy eventhough markah entah pahape kan. hope lulus then boleh grad. aminnn! :D
dah jadi pelajar lepasan diploma dah!!!hahaha

Wednesday, April 28, 2010

tengoklah macam mana bahagia timbul bila di penang!

Dah 5 hari dekat penang.haha.gila best! even duduk terkurung dekat rumah tak keluar memana pun! tapi best. best sebab semua ada. lengkap semua bestfriends ada dekat sini. dapat pulak jumpa lecturer-lecturer yang sporting habis memang best la bila dapat lepak kan. Masa memang tak tau la kenapa masa memang jeles gila kat aku kan.cepat je kau berlalu. tau tau esok lepas present aku dah nak balik klang balik dah. :( separuh kaki dah melangkah keluar dah dari diploma just tunggu esok je. hope everythings presentation semua okay. hope lulus dengan cemerlang la hendaknya! haha.


Semalam,we all semua have dinner dekat cafe pauh dilayang. hotel uitm penang. memula biasalah kan. nak mengajak orang ni bukan senang. masing masing ada problems. perghh time nak mengajak tu bukan main senang lagi kan! masing masing macam duduk seberang laut tak boleh nak datang dinner sama sama. da la for the last kan. but,malam tu sungguhlah terharu semua datanggg! even ada lah 10 tak datang. 
enjoy gila.memang last memory yang terbaik yang kitaorg dapat. terasa nak sayang lebih pulak kat lecturer dekat membe-membe semuaaaa! :D



Monday, April 26, 2010

Aku tau blog aku tak macam orang lain!

Aku tau blog aku bosan kan. rasa macam nak closed account je! haish
*emo tetiba.haha

Part 1:What happen in Penang?

Pheww!! Hari ni dah hari kedua saya kat penang. demmm best! haha. TENANG! tak tahu kenapa nak tenang.tapi memang release tension gila sebab dah lama tak hua hua ngan all my bestfriends! sekarang dah jumpa seriuosly doe mulut tak boleh berhenti bercakap. sampai nak tidur kejap pun kene tunggu dorang pause sambung jap lagi bila nak borakk!haha. rindu! :D

Petang kami finalize report then pergi satu tempat!!! haha.
best! :D



Hari ni kena hantar report dekat kampus! excited! :D

Saturday, April 24, 2010

mengemas bukan mengembang

aku dah nak balik penanggg.enta kenapa kan aku nak excited!haha.nak kata sebab nak jumpa pakwe kat sana.oh no.tak.maybe sebab boleh tidur untuk seminggu kot.boleh kembalikan balik zaman zaman kegemilangan untuk tidur berjam jam lamanya.haish -.-' anak dara apa ni.tidur berjam jam. *sengaja nak mengutuk diri sendirik.haha.

pagi esok saya kena bangun awal pagi ya seawal jam 6.00 pagi untuk mengikut hencek hasan pergi ke sungai besar.kendalikan kursus umrah di sana. sungguh naif sebab kena bawak beg untuk balik ke penang terus. T_T
Tapi takpe hencek hasan mahu belanja siakapp tiga rasa lagi.oyeh! :D

Sekarang ni sedang mengira duit duit dalam dompet.tak sangka ada 10henget ja! macam mana mau balik ka penang ni?Waaaa! :( tolonglah ayam bertelur kerna aku ingin jual semua telur kau ayam. aku nak g feringgi ni.berjalannn.haha. selain tu.wah.kena fikir berapa banyak baju nak bawak balik ni. sungguh bosan la memilih baju sebab baju semua haish tak tau nak cakap apa.cantik.hahaha. gila. so nak kena tidur sebab esok mahu bangun pagi katanya! :D Nite.masa terlampau cemburu kan kita. sekarang sudah 12.46.bubbye!

Friday, April 23, 2010

My Dream Destination

My Dream Destination!OMG! Sumpah banyak. Sesiapa boleh bawak kan ke? :p MAS bagi tickets free please! heh. saya nak review 3 teratas je!tak nak banyak banyak :)

 
1.Sumpah saya sangat bercita cita la nak pergi ke Filipinaaaaa! dont know why teringinn sangat sangatt nak kesana naik MAS sambil dapat layanan best best dari pramugara kan..eh eh. =)

sebenarnya nak pergi ke sana dengan hasrat nak jumpa dengan Jericho Rosales je.wahaha. nak mengajak dia pergi main island hoping dekat Cebu Island! sambil berharap mimpi jadi kenyataan.haha


No 2.lepas tu kan teringin lah pulak nak pergi South Korea. pengaruh drama lagi. iya. memang pun.haha -.-' why korea? sebab nak pergi Namii Islandd! Sebut je pasal Nami Island,semua orang tahu tempat tu pernah dibuat tempat berlakon cerita winter sonata tu. =) nak romantik romantik gitu.


3. Last! Veniceeeee,italy!!teringin nak naik sampan lalu tepi tepi bangunan tu. oh sweet :)


 


Sebenarnya banyak sangat tempat lagi yang menjadi impian aku! Hong Kong,Las Vegas,Sydney,LA,The Bora Bora Island.ha kan dah sebut banyak dah. =.='
Hope jugaklah kan tak payah pergi filipina,tetiba Jericho Rosales sendiri datang Malaysia nak ajak g Perhentian Island ke. mana lah tau. kata dreammm.. :D semuanya mungkin menjadi kenyataan dengan Malaysia Airlines. 

Fly on Malaysia Airlines with all-inclusive low fare..
all the information detail (clik here:Malaysiatraveller.com)


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com




Berenang oh berenang

Tadi time tengah hari.bos sudah mengajak pergi swimmimg.so saya pergila swimming mengikut mereka. tak dekat eh silap tak jauh pun dengan office. dekat pusat akuatik shah alam je. =) cool gila bos ajak g swimming siapp provide kan swimming suit dengan towel sekali.haha comel. baik je kan.hehe.


 gambar untuk tujuan promosi.haha.



*gambar lama ni. hihi



siapa nak ajak g swimming jom! =) hilang tension weh.tapi untuk setakat berenang 2,3 kerat then berenti jelah.takdelah boleh bawak lawan berenang ke hulu ke hilir.hehe.rasanya dah turun 300calories ni. kalau hari hari berenang macam ni kurus la aku.hehe.

then.balik ofis ngantuk.tidur dalam surau -.-'
hehe. kalau sesiapa ada masa datangla sini.3ringgit je.
:))

Saturday, April 17, 2010

Innalilah. Janji ALLAH mati itu pasti.


Terkejut tengok post terbaru Nieyl Mentor. Acik Spin Meninggal? betul ke ni? Serius tak tipu ke?
Kalau lah betul.takziah lah kepada keluarga acik. dengarnya eksiden dekat lebuh raya LEKAS. tersepiT dan kereta terbakar. Semoga tabah menghadapi ujian ALLAH. betul la.Janji allah itu pasti.Malaikat maut tak tunngu sesaat pun untuk tarik nyawa hamba hambanya. sama sama kita doakan acik spin. Mati tak kira umur,tua atau muda. tengok lah sebelum ni Yanie Mentor,lepas tu Din Beramboi sekarang Acik. Subhanallah. macam tak percaya. Al-Fatihah.
Innalillah wa inns ilaihi rojiun.

Live dari Hakim Seksyen 7


oh mai god! dah ketandusan sangat ke wifi free kat area shah alam ni! haiyaaaa... nak online free pun susah. kata je ada wifi city selangor free! tapi tak leh guna,pasal apa? haishhhh! demmmm gilaaa...


time time orang rajin nak update practicum report ni la takde wifi yang nak support. silly!

pergi macdonal sekyen 2, ok fine full.
then,pergi kfc sekyen 2 tak full TAPI wifi takde. eh eh bodoh. ha kan dah mencarut carut dalam entry ni!

Nak g Pak Li pulak kat seksyen 7 tapi ok,plug nak sambung battery pulak takde.
Ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Tension kot. haish.



Last last hakim jugak aku pergi. ok Wifi ada tapi! plug pulak semua rosak.tinggal satu je ni. ni pun dah nyawa nyawa ikan. sengall gila hari ni. haha.



P/s : oh mai goddd.. ramai gila budak uitm shah alam tengah melepak sini. lelaki pulak tuuuuu...... Oh mai god oh mai god. (tengah kawal mata.haha) Byeeee :D

Friday, April 16, 2010

Baju For Freee eh silap Baju untuk dijualllll!

awak nak beli belah tapi awak tak sempat sebab awak busy,
awak nak baju baru tapi awak tak tau baju apa awak nak,
ha apa kata awak awak semua sila terjah mari membeli secara online ni.
Sesiapa yang ingin membeli secara berhemah dipersilakan mengklik link ni okayyyy!!
Pelbagai Koleksi BLACK yang menarik ditawarkannnn!! *_*


OH MAI godddd! sexynya model :D
PLEASE CHECK OUT THIS LINK for more Infoooooo!

http://www.thelittlebe.blogspot.com

 

hurryyyy... sementara baju masih adaaa!

Trek Blogging Selebriti Episode 1 : Kenali Irine Nadia Marcello


Saya bukan MARSHMALLOW yang lembik lembik tu,
Tapi saya MARSUMARCELLO yang lembut lembut tu. ;)


Tetiba nak g trek si cantik manis Irine Nadia ni. ala ala jimmy shanley gitu :p
For the first time I see this girl,Perkataan pertama yang keluar.
Siapa ni?Cantik gilaaaaa! 
Then,terus godek godek facebook dia.haha gila stalker kan.

time tengah godek godek tu I terjumpa pulak link blog irine ,then dekat blog dia lagi seronok la I stalker si irine cantik ni.haha.Sampai saya tahu siapa abang dia,siapa kakak dia,kat mana dia tinggal. Aiyoo irine,awak dah ada peminat yang minat awak dalam diammm.haha.

ok seriusly,dia memang cantik,ayu,gojes,serta jelita! even saya perempuan pun saya sangat suka tengok muka dia. Irine,akak ada adik lelaki. nak kenal tak? haha tetibe.


siapa cakap pakai tudung tak boleh nak cantik cantik? Irine berjaya buktikan walaupun bertudung,gadis melayu tetappp cantik, voguee the vassss! :D
betul tak?cuba tengok gambar gambar dia. memang layak jadi model tauk! try la irine jadi model.. mana tau boleh jadi model bertudung yang femes. boleh buat duit kan. masyuk tu.haha


Irine Nadia : baru berumur 18Tahun tau!

Irine Nadia,kalau awak masuk gadis melayu sure boleh menang ni dik.hehe

 Dia memang layak jadi model.tengoklah gambar dia semua fotogenik kan.
nak tengok gambar bebanyak lagi kan,
pergi Stalker Blog dia sekarangggg! :D

 
 *tetibe nampak penyayang pulak si irine ni bila tangkap gambar dengan kaola macam tu.haha

 

 P/S: Gambar diambil tanpa kebenaran.haha. sorry Irine. :D just follow her blog. i think she will be Hanis Zalikha's version bertudung la.hehe.Untuk Irine,all the best dalam segala apa yang irine buat okay. semoga irine dan keluarga dirahmati Allah selalu :) Bahagia selalu okay!

cepat g add  facebook dia sekaranggg  : Irine Nadia Marcello

Gambar (Sepanjang Anugerah Bintang Popular 2009) (Part3)

balik dah. sampai rumah 2 pagi. terbaik. but malam anugerah tu memang terbaikkkk! :)

Gambar (Sepanjang Anugerah Bintang Popular 2009) (Part2)

Sebelum Red Carpet bermula then kita semua  bertukar wajah. motif pakai cantik cantik pun tak tau lah. padahal duduk kerusi penonton biasa je. haha. bajet boleh menang habib jewels :D


pemenang pemenang dari zon tengah bersama pemenang zon timur


terkezuuutt jumpa rosyam nor! haha









Gambar (Sepanjang Anugerah Bintang Popular 2009) (Part1)


wah gaya artis dah!


The Owner of the car and Coo-Driver. hehe



bergambar dengan bas.haha

      
Before anugerah bermula. semua muka sengal abis. hehe

The day

Morninggggg..baru lepas sarapan nasi lemak dengan lempeng..semua bos bawak..aku cuma bawak perut..haha..

Berjaya mengdeactivekan facebook untuk 6jam dah setakat nih! ini adalah gara gara untuk menumpukan lebih perhatian pada my practicum report. nak dapat 4.00flat la kata kan.

dah itu je.bye.

p/s:siapa tahu buat sambal ikan bilis?wah! teringinnnn nak makannn! bagi resipi!

Thursday, April 15, 2010

Apabila english tidak dikuasai

Dewasa ini,semua telah sedia maklum ya.bahawasanya bahasa inggeris sangat sangat lah penting!
kenapa aku cakap penting sebabnya kalau tak expert in englishkan...

-kita tak boleh buat report dengan selancarnya. kalau dah english memang power boleh buat report praktical dalam masa 1jam tapi disebabkan tak expert english kene buat dalam 1hari. siap dibantu oleh google translation lagi tu. malu malu. haish =.='

-dengan english meningkatkan tahap konfident level yang tinggi lagi sexy. bila tengok orang sekeliling cakap english kan,tak ke kita rasa kagummm! rasa macam dah dahla tu cakap english.hello kita in malaysia jangan berlagak sangat cakap english boleh?adoi cakap jelah kau tak faham bila orang speaking kan senang!

-bila tak reti english tu pandai pandai la cari jalan untuk belajar kan. sekarang aku kene cakap english manjang. start from now. jangan cakap melayu dengan aku. please cakap english je okay. haha. lantak la orang nak cakap english aku tunggang terbalik ke hape janji aku try untuk speaking in english.

-tukar mood lagu dari rock popular 80an melayu tukar pada Greenday- 21guns. tolong kumpul semua lirik lagu english dan baca setiap bait bait lirik dan faham maksud. boleh?

-even belajar english dari standard 1 sampai la tingkatan 5 tapi english tak jugak expert! sebab hape? hado.....sebab tak praktik kan antara kawan kawan. tak ada orang nak speak english tetibe kau nak bercakap english. tak ke buang tebiat.kan kan? jom siapa rajin meh speak english dengan aku. teach me. ajar ajar ajarrrrrr. sanggup merayu gila ni. haha

untuk itu saya dan anda yang tak reti berbahasa english mula dari malam ni kita cuba belajar ya. janji?

p/s: siapa nak buat keje part time untuk cek kan grammer serta spelling untuk praticum report aku?haha.if nak bagitau eh eh. :D

Wednesday, April 14, 2010

Mari nilai diri anda,dapat tahu berapa duit hantaran anda.

Update sepantas kilat sebab kena fokus pada prakticum report yang perlu dihantar sabtu ni untuk dihardcover kan -.-'
fokus elin fokus. baca ayat ayat jamppii sikit untuk halau halau hantu dalam bilik ni yang menggangu ketenteraman dalam menyiapkan projek bernilai ratus ratus juta ni. fuh! fuhhhhh!sembur sembur sikit. aminnn..

itu bukan lah tajuk yang utamanya yang nak dibincangkan pada malam ni. sekarang kita mencapai klimaks kita perlu berfikir dan menarik nafas seketika 1,2,3 tarik,hembusss....



one of my officemates baru balik dari sabah untuk raikan kakak dia bertunang. dia cerita cerita tadi tetiba tercakap yang kakak dia dapat bakal dapat duit hantaran 18,888.80,tapi takpelah doctor! haruslah mahal kan..then adik dia yang baru umur 23 tahun akan dapat duit hantaran 15,000.00! if that money goes to me langsai terus hutang ptptn aku! :D



sebenarnya terfikir jugak yang duit hantaran ni macam mana nak dikira untuk bagi pada pihak perempuan kan. untuk artis tu tak kisah la sebab biasalah standard artis. so hantaran mesti mahal mahal punya. tengok macam juliana banos,hantaran paling mahal setakat ni. 77,777,77! siap packages dengan ferrari kot. untungla kan.nama pun artis. tapi incase kita ni bukan artis macam mana! macam mana nak tentukan hantaran kita?

cara nya mudah sangat,try main quiz dekat facebook then kau akan jumpa berapa nilai hantaran yang korang patut dapat.haha. try request kat pakwe korang. bak datang mampu tak mampu! haha. 



 ha kau 15000!


tapi. jangan pulak pada lelaki lelaki ni bila tak cukup duit still nak kahwin jugak,kumpul duit dulu setinggi gunung,barula seronok nak kahwin kan. Sebenarnya hantaran ni ekot pada kemampuan pasangan kita,tak kan pasangan kita tak mampu kita nak paksa paksa pulak kan. so try untuk mencapai persetujuan bersama.  yang lebih penting lepas kahwin macam mana! pada yang pergi apply pinjaman perkahwinan dekat bank tu,lepas kahwin jangan lupa untuk bayar sama sama okay. kahwin sama sama kan,so bayar sama sama.-.-'

Peaceeee :D


p/s: kembar ekin mawi terbaik,hantaran dapat cek kosongggg.. mata duitan tak? $_$ ka-chinggg.