Sunday, March 14, 2010

Tips untuk mengurangkan hasad dengki

Ha ni yang malas nak tengok Akademi Fantasia ni. kan dah terminat Ain dengan Iwan. cane ni dah terminat ni?  olololo. comelnya iwan! haish. suara pun sodapppp.  agak agak pilihan i ni boleh g final tak? korang tolong undi dorang bebanyak boleh? i minat je tapi tang undi tu payahhhh sikit.biasala jimat duit. hehe.

cerita pasal duit. ada siapa siapa tau macam mana nak dapatkan duit tak selain dari login facebook dapat duit mcm ariff shah buat tu? kaya gila dah brader tu sekarang join benda benda macam ni. wakaka.

sebenarnya dah lari sangat dari tajuk asal ni. ok,lupakan semuanya.

we go straight to the points! aku ingat nak berubah,sebabnya aku akui jugak kadang kadang hati aku ni boleh pulak nak jeles dengan orang lain kan. bila aku dah mula matang ni,iyalah kan baru nak masuk 21tahun,even peragai macam budak budak dan kadang kadang pemalas tapi kekadang aku terfikir jugak nak kahwin. agak agak jericho rosales tu ada niat tak nak masuk islam? haha.

sebenarnya hari demi hari,aku try jugaklah nak berubah. berubah kearah kebaikan katanya. dah tak ada jeles jeles dengan orang,dah tak ada nak ngumpat ngumpat orang dah. biasalah ngumpat ngumpat,semua orang buat! KAN? baik ngaku. haha. *pada kawan kawan yang aku pernah termengumpat aku minta maaf okay! :) Honest ni.

meh meh semua,mulai dari hari ini kita cuba untuk muhasabah diri. ok kita mula serius sedikit.
dengarnya semua bermula dari hati. jika hati kita bersih,baik,tiada kotoran degil,for the 1st impression,bila orang pandang kita,orang akan mula suka kan kita,orang tak rasa menyampah untuk kawan dengan kita. ini maklumat betul ni.tak TIPU. sumpah! Tapi kalau la hati kita penuh dengan detergen detergen kotor,perasaan hasad dengki,jeles tak tentu pasal,suka cerita keburukan orang,suka amik tau pasal orang, dan sewaktu dengan nya,kita akan menyalurkan satu arus negatif kepada orang lain. maknanya?
maknanya orang akan mempunyai perasaan yang negatif kat kita. setuju?

mana ada manusia di bumi ni suka orang pandang negatif dekat dia.betul tak?kalau tak suka,moh la kita try berubah. tak susah mana pun. cewah tak susah tapi kau pun tak buat dari sekarang kan! sembang.

 Bella J vs Syazleen
kami ni pun selalu jugak gaduh ni!

Mula mula,memang wajib lah kan untuk baca al-quran,sembahyang jangan tinggal,selawat dan semua semua tulah. wajib mesti rajin buat! jangan tinggal satu pun. bila kita rapat dengan Allah,secara automatik nya hati akan tenang suci dan bersih. see see bertapa senangnya kan!

lepas tu, kita kena bermaaf-maafan dengan kawan setiap hari. masing masing ada facebook dah kan sekarang. gunalah "Kawan-kawan,kita nak tidur dah ni,maafkan segala salah silap kita ye"
ha tengok!bila kawan baca pun tenang je,nak marah pun tak jadi. Tengok tenang tak hati kita bila orang maafkan kita? tenang tak?

 Ok bella! FINE. kau biarkan aku sesorang tangkap gambar!
 
abaikan gambar, sebabnya kami memang mcm ni kat office kalau takde keje. tapi sebenarnya memang takde keje. wahaha. sambung sambung,ok ni lagi senang,kita belanja orang makan. *sesiapa nak tenangkan hati,belanja saya makan boleh? :D

kalau boleh tiap tiap malam sebelum tidur,trylah berdoa pada allah "Ya allah,sucikanlah hatiku,sucikan mindaku,esok aku nak jadi baik,bahagia dan positif' insyaaallah esok hari everything will be okay.

Dan yang akhir sekali. bersyukurlah dengan apa yang kita ada. jangan mengutuk orang lain,jangan bila tengok gambar orang yang cantik sikit je,mula lah rasa rendah diri,tak boleh tidur malam,jeles tak tentu pasal,kang sampai satu tahap jadi down gila tengok kecantikan orang. jangan macam tu,why not kita motivasikan diri kita dengan,aku pun cantik,aku syukur aku tak cacat,aku sempurna. aku ada kelebihan apa yang orang lain takde. BOLEH? :)

 tengok tengok kami dah okay. Friends forever okay?Taknak gaduh gaduh sebab aku dah sedar aku dah sayang kau as a bestfriends. sobss sobbsss. :)



Pesanan ini dibawakan khas oleh SI.. syazleen ismail lah. cheerss :D
p.s: cerita ini tiada kene mengena dengan persahabatan orang didalam gambar. hanya motivasi untuk renungan kita bersama. :)

1 comment: