Monday, March 15, 2010

Cerita disebalik Matta Fair

Ha ha ha ha ha ha.rasa seronok gelak kan diri sendiri. :D


Dah tau nak berjalan jauh jauh lagi la kan aku mengedik pergi pakai high heel. perghhh. tercabar keimanan. fine. fine. buat keje bodoh lagi! lain kali kalau nak g mana mana tak nak dah pakai heel! woh,sekarang sakit sangat  sebab kaki dah melecet doe.jangan main main. haishh.

 *Tangan hantu bagi bantuan air kecemasan..

*tak baik cakap diba hantu,tengok muka dah monyok. alolo :)

sebenarnya tak terniat pun nak pergi Matta Fair,tapi dah alang alang ada dekat sekolah sains seri puteri tu teman shikin nak amik adik dia,aku ngan dibah ni jalan jelah ke pwtc. wah tak macam jauh pulak kan dari sekolah tu nak jalan ke pwtc. mula mula tahan lagi,tapi aku memang sengaja buat lupa kan yang PWTC tu besar! memang seronok lah kan pakai Heel. cantik pun tak guna kalau sengaja menyeksakan diri. haha.

*tak ke buang tabiat pergi pameran pwtc pakai kasut ni?

dalam pwtc tu tak macam crowded pulak kan,siap ada 3 pameran dalam 1hari. dalam otak ni dah arrange dah,mula mula nak pergi  karnival  Mara tu, lepas tu Matta Fair, pahtu last sekali nak g pameran kahwin kahwin. konon nak spent banyak masa la kat sana,tu yang nak g last last. tapi hampeh,sebabkan heel yang cantik ni,tak jadi nak g survey karnival kahwin kahwin tu.jeles betul tau =.=' fine,tabahkan hati sebab nak kahwin lambat lagi kan?

tapi tak kisah la,sebenarnya nak cerita lebih pasal matta fair ni.fyi,hari ni hari yang terakhir okay. nak masuk siap bayar 3engget lagi.tak penah penah. pandai cari duit. huh.


ok kita mula serius,orang melayu india memang tak ramai sangat. rasanya boleh kira dengan jari jelah berapa kerat je. *tipu tipuuu.
apa tipu pulak betul la doe,10% jelah orang melayu kita datang ke Matta Fair ni. siap dah kira kira percent ni. memang chinese la yang crowded kan matta fair ni. teruja gila dorang shopping and terus book pakej yang harga beribu ribu ni. yang best nya kan siap buy 2package free 1 package. dah macam jual baju. siapa nak jawab? :)

nak kata murah ke tak harga package ni tak tau la pulak kan. rasanya macam sama je kalau tak beli kat matta fair pun. tapi sedihnya tak leh jalan lama lama sebab kaki dah sakit terus kami balik. rasa macam nak campak je kasut ni! nak jalan kaki ayam je.hurmmm...

 *dapat tangkap 2gambar je sebab DSLR takde.
mood nak capture gambar takde. poyo poyo. hehe


P/s: sesiapa nak mengerjakan umrah ke,nak pergi melancong ke sila lah ke facebook  Alia travel & tours harga berbaloi baloi. KEPUASAAN anda keutamaan kami. :D

3 comments:

  1. serius!!!!!!!!!ur heels lawa hell!jeles ni..hehe

    ReplyDelete
  2. pakai heels main pijak-pijak kaki menarik jugak ni.

    ReplyDelete
  3. elyn. ko bukak je heels tu. selambe je kaki ayam. pasti puas hati! :D

    ReplyDelete