Saturday, March 27, 2010

Anugerah Bintang Popular: Bintang Idola

Sikit je nak update.beberapa minggu dah tak ada mood langsung nak update blog. :( banyak sangat problem I.But for me,life must go on.



berbalik pasal anugerah bintang popular 2009,one of my friends,Nabilah Mohammad telah berjaya mewakili Zon timur dalam Pertandingan Bintang Idola Zon Timur di Mesra Mall,Kemamam. Biela akan mewakili zon timur dan akan bertanding di Peringkat Akhir Bintang Idola di Klang Parade esok (28 Mac 2010) Klik sini untuk tengok dia nyanyi, Nabilah:Jerat Percintaan.

*Nabilah diapit oleh jejaka jejaka dan replika Habib Jewels. 10ribu.masyukkkkk...


Me and Nabilah spend 2hari dah dekat Klang Parade,Hari jumaat ritu dah amik half day then we all rushing go to Klang parade untuk bagi sokongan dekat Bubu! :) tapi nyata,persaingan sengit sangat. hampir 100 orang yang datang untuk audition. suara bukan main lagi. memang hebat-hebat!Dan yang menang pun bukan calang-calang orang tadi,seorang lagi gadis bertudung dari Klang! lagu Fauziah Latif dia bawak,gila steady. sedap jugak. seorang lagi pencabar terbaik dari zon tengah.

Bukan senang okay untuk siapkan fizikal dan mental untuk hadapi final ni. but for me,as a friend, I will give my full support to nabilah. :) go girl. Make your parent proud! dari jauh dorang datang. betul betul semangat. memang 100% restu keluarga dia dapat.hehe. Just buat yang terbaik and be the best! :)

 *Zila AF dan her husband Along Raja Lawak yang best! Along Steady jadi pengacara untuk 3hari berturut-turut.

*Candid gambar pemenang Zon Tengah Pertandingan Bintang Idola.


All my readers,sila doakan yang terbaik for myfriends Nabilah ni. Aminnnnn :) dan jangan lupa,datanglah beramai-ramai ke Klang Parade esok. weeee :D

Saturday, March 20, 2010

saya amat memerlukan bantuan

Boleh tolong saya?
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
bagi tips macam mana nak lupakan ex boyfriends/ girlfriends?

Tapi  kadang kadang bila mengunakan gerak hati kita rasa itu jodoh kita.
but for him/her kita sebagai kawan saja..

thanks you.----<@

Thursday, March 18, 2010

My Favourite Surfing Place

Sejak dah guna P1wimax ni kan, kat mana mana pun saya boleh online tau. Bukak laptop terus dapat wifi. tu yang online manjangggggg :D Memang saya kena ngaku yang jiwa saya memang suka sangat onlinee, sampai dulu pun pernah clash sebab selalu sangat online. tapi lantak lah. kenangan.

For me,if tak online boleh moody oh 1hari.dah macam takde kehidupan. macam tak bermakna hidup. gila teruk.lagi lagi kalau balik kampung,mesti seminggu tak online. nak kata orang ramai sangat add kat facebook pun tak jugak. tak tau la pasal apa yang excited sangat online. Maybe sebab P1wimax kot? :)

Drum roll
::jeng jeng jeng::

Dunia tanpa sempadan
sekarang dah tak payah wayar.
POTONG! POTONG! POTONG!
*dulu macam tak paham apa makna potong tapi sekarang dah paham.
Maknanya,
dah tak perlu lagi sambung sambung wayar dekat lappy untuk online 
mudah dan simple
then boleh online.... hee :D

*P1wimax new design 

 Bila nak online,kene cari feel! Feel lagi bila dah dapat speed yang laju, tak semput-semput macam orang berlari 100km kan. Bila dah semua tu well prepared,on the same time jugak, kita kena cari jugak port port yang best untuk layan internet ni.

For me,ini adalah tempat tempat yang selalu sangat saya online. :) favourite tau! 

No 1: Bilik Tidurku

Sebab katil empuk,ada aircon,dah macam kat cc kalau online. kalau dah start online dalam bilik sure payah nak keluar makan,abis lupa nak tengok semua cite cite kat tv!

*Tengok bilik cantik,tak ke best kalau online sambil guling guling dalam ni? :D

Tempat ke2: Ruang Tamu

Dapat tau perkembangan berita kat TV dengan Internet serentak! hebat tak hebat P1Wimax ni?! dok dekat ruang tamu pun boleh access internet takde semput semput :D duduk jelah ceruk mana still dapat internet okay! Lantak lah ma nak bebel pun.hehe


No 3: Office

8 jam online tanpa henti dekat Office. Update blog, godek godek Beautiful Nara dan facebook! :) Keje satu apa tak buat.haha. Gaji buta sungguh. haish.


Last: kedai kedai makan tepi jalan
 macam starbuck ni sekali je seumur hidup g online kat sini. idok lah teman excited no online kat sini. hehe
so ni bukan la favourite place sangat. *out out! hehe


kan ritu ada cerita pasal entri PROJECT ALPHA SEASON 2 
sebenarnya  P1 ni penaja utama project alpha ni,so this entry very special to P1wimax.

Jangan Lupa jugak follow Project Alpha season 2 dekat Facebook tau tau. 


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Wednesday, March 17, 2010

Inikah tanda tanda rindu?

selamat pagi.hellloooo..

malam ini tetibe je rasa nak romantik romantik. alalala.gila geli ayat.hehe

sebenarnya,dr sumber sumber orang cakap,*senang tol terpengaruh orang cakap kan!

Orang cakap kalau bulu mata sebelah kiri jatuh maknanya ada orang ngumpat kita,lepas tu orang cakap kalau bulu mata belah kanan kita jatuh ada orang rindu. itu semua orang cakap.

tapi dah ko gosok tenyeh bagai nak rak mata ko tu siapa
suruh. Bulu mata tu takkan sesaje je dia nak luruh. haha

ada jugak orang cakap,kalau kita tersedak ada orang tengah kat kita,tengah rindulah tu tapi padahal kita yang gelojoh sangat sampai tersedak.

TAPII...

kenapa dua tiga hari ni mata aku asyik berkelip-kelip ni? Orang rindu kot. siapalah nak rindu :p


ke pasal urat saraf tak betul?haha.

Tuesday, March 16, 2010

BENGANG!

kita tak pernah rasa seronok sangat macam ni tau! Wah dia lambat sangat reply,if nasib kita baik,dia reply,kalau tak kamu diam kan! kamu busy mengalahkan menteri.tapi kalau kamu mesej cepat pulak kita reply. ke kita yang terlajak excited bila kamu mesej? BENCIIIIIIIIII :(

ni bukan sebarang bengang ni,ni bengang lebih dari akim dah ni!

takpe takpe ada kete ada bas.
ada hari aku balassssssssssssss!

gila berdendam ni. betul tak tipu.
Pernah ke tak pernah korang rasa? Ha,cuba jawab bengang tak bengang tak?!

Monday, March 15, 2010

Cerita disebalik Matta Fair

Ha ha ha ha ha ha.rasa seronok gelak kan diri sendiri. :D


Dah tau nak berjalan jauh jauh lagi la kan aku mengedik pergi pakai high heel. perghhh. tercabar keimanan. fine. fine. buat keje bodoh lagi! lain kali kalau nak g mana mana tak nak dah pakai heel! woh,sekarang sakit sangat  sebab kaki dah melecet doe.jangan main main. haishh.

 *Tangan hantu bagi bantuan air kecemasan..

*tak baik cakap diba hantu,tengok muka dah monyok. alolo :)

sebenarnya tak terniat pun nak pergi Matta Fair,tapi dah alang alang ada dekat sekolah sains seri puteri tu teman shikin nak amik adik dia,aku ngan dibah ni jalan jelah ke pwtc. wah tak macam jauh pulak kan dari sekolah tu nak jalan ke pwtc. mula mula tahan lagi,tapi aku memang sengaja buat lupa kan yang PWTC tu besar! memang seronok lah kan pakai Heel. cantik pun tak guna kalau sengaja menyeksakan diri. haha.

*tak ke buang tabiat pergi pameran pwtc pakai kasut ni?

dalam pwtc tu tak macam crowded pulak kan,siap ada 3 pameran dalam 1hari. dalam otak ni dah arrange dah,mula mula nak pergi  karnival  Mara tu, lepas tu Matta Fair, pahtu last sekali nak g pameran kahwin kahwin. konon nak spent banyak masa la kat sana,tu yang nak g last last. tapi hampeh,sebabkan heel yang cantik ni,tak jadi nak g survey karnival kahwin kahwin tu.jeles betul tau =.=' fine,tabahkan hati sebab nak kahwin lambat lagi kan?

tapi tak kisah la,sebenarnya nak cerita lebih pasal matta fair ni.fyi,hari ni hari yang terakhir okay. nak masuk siap bayar 3engget lagi.tak penah penah. pandai cari duit. huh.


ok kita mula serius,orang melayu india memang tak ramai sangat. rasanya boleh kira dengan jari jelah berapa kerat je. *tipu tipuuu.
apa tipu pulak betul la doe,10% jelah orang melayu kita datang ke Matta Fair ni. siap dah kira kira percent ni. memang chinese la yang crowded kan matta fair ni. teruja gila dorang shopping and terus book pakej yang harga beribu ribu ni. yang best nya kan siap buy 2package free 1 package. dah macam jual baju. siapa nak jawab? :)

nak kata murah ke tak harga package ni tak tau la pulak kan. rasanya macam sama je kalau tak beli kat matta fair pun. tapi sedihnya tak leh jalan lama lama sebab kaki dah sakit terus kami balik. rasa macam nak campak je kasut ni! nak jalan kaki ayam je.hurmmm...

 *dapat tangkap 2gambar je sebab DSLR takde.
mood nak capture gambar takde. poyo poyo. hehe


P/s: sesiapa nak mengerjakan umrah ke,nak pergi melancong ke sila lah ke facebook  Alia travel & tours harga berbaloi baloi. KEPUASAAN anda keutamaan kami. :D

Sunday, March 14, 2010

Tips untuk mengurangkan hasad dengki

Ha ni yang malas nak tengok Akademi Fantasia ni. kan dah terminat Ain dengan Iwan. cane ni dah terminat ni?  olololo. comelnya iwan! haish. suara pun sodapppp.  agak agak pilihan i ni boleh g final tak? korang tolong undi dorang bebanyak boleh? i minat je tapi tang undi tu payahhhh sikit.biasala jimat duit. hehe.

cerita pasal duit. ada siapa siapa tau macam mana nak dapatkan duit tak selain dari login facebook dapat duit mcm ariff shah buat tu? kaya gila dah brader tu sekarang join benda benda macam ni. wakaka.

sebenarnya dah lari sangat dari tajuk asal ni. ok,lupakan semuanya.

we go straight to the points! aku ingat nak berubah,sebabnya aku akui jugak kadang kadang hati aku ni boleh pulak nak jeles dengan orang lain kan. bila aku dah mula matang ni,iyalah kan baru nak masuk 21tahun,even peragai macam budak budak dan kadang kadang pemalas tapi kekadang aku terfikir jugak nak kahwin. agak agak jericho rosales tu ada niat tak nak masuk islam? haha.

sebenarnya hari demi hari,aku try jugaklah nak berubah. berubah kearah kebaikan katanya. dah tak ada jeles jeles dengan orang,dah tak ada nak ngumpat ngumpat orang dah. biasalah ngumpat ngumpat,semua orang buat! KAN? baik ngaku. haha. *pada kawan kawan yang aku pernah termengumpat aku minta maaf okay! :) Honest ni.

meh meh semua,mulai dari hari ini kita cuba untuk muhasabah diri. ok kita mula serius sedikit.
dengarnya semua bermula dari hati. jika hati kita bersih,baik,tiada kotoran degil,for the 1st impression,bila orang pandang kita,orang akan mula suka kan kita,orang tak rasa menyampah untuk kawan dengan kita. ini maklumat betul ni.tak TIPU. sumpah! Tapi kalau la hati kita penuh dengan detergen detergen kotor,perasaan hasad dengki,jeles tak tentu pasal,suka cerita keburukan orang,suka amik tau pasal orang, dan sewaktu dengan nya,kita akan menyalurkan satu arus negatif kepada orang lain. maknanya?
maknanya orang akan mempunyai perasaan yang negatif kat kita. setuju?

mana ada manusia di bumi ni suka orang pandang negatif dekat dia.betul tak?kalau tak suka,moh la kita try berubah. tak susah mana pun. cewah tak susah tapi kau pun tak buat dari sekarang kan! sembang.

 Bella J vs Syazleen
kami ni pun selalu jugak gaduh ni!

Mula mula,memang wajib lah kan untuk baca al-quran,sembahyang jangan tinggal,selawat dan semua semua tulah. wajib mesti rajin buat! jangan tinggal satu pun. bila kita rapat dengan Allah,secara automatik nya hati akan tenang suci dan bersih. see see bertapa senangnya kan!

lepas tu, kita kena bermaaf-maafan dengan kawan setiap hari. masing masing ada facebook dah kan sekarang. gunalah "Kawan-kawan,kita nak tidur dah ni,maafkan segala salah silap kita ye"
ha tengok!bila kawan baca pun tenang je,nak marah pun tak jadi. Tengok tenang tak hati kita bila orang maafkan kita? tenang tak?

 Ok bella! FINE. kau biarkan aku sesorang tangkap gambar!
 
abaikan gambar, sebabnya kami memang mcm ni kat office kalau takde keje. tapi sebenarnya memang takde keje. wahaha. sambung sambung,ok ni lagi senang,kita belanja orang makan. *sesiapa nak tenangkan hati,belanja saya makan boleh? :D

kalau boleh tiap tiap malam sebelum tidur,trylah berdoa pada allah "Ya allah,sucikanlah hatiku,sucikan mindaku,esok aku nak jadi baik,bahagia dan positif' insyaaallah esok hari everything will be okay.

Dan yang akhir sekali. bersyukurlah dengan apa yang kita ada. jangan mengutuk orang lain,jangan bila tengok gambar orang yang cantik sikit je,mula lah rasa rendah diri,tak boleh tidur malam,jeles tak tentu pasal,kang sampai satu tahap jadi down gila tengok kecantikan orang. jangan macam tu,why not kita motivasikan diri kita dengan,aku pun cantik,aku syukur aku tak cacat,aku sempurna. aku ada kelebihan apa yang orang lain takde. BOLEH? :)

 tengok tengok kami dah okay. Friends forever okay?Taknak gaduh gaduh sebab aku dah sedar aku dah sayang kau as a bestfriends. sobss sobbsss. :)



Pesanan ini dibawakan khas oleh SI.. syazleen ismail lah. cheerss :D
p.s: cerita ini tiada kene mengena dengan persahabatan orang didalam gambar. hanya motivasi untuk renungan kita bersama. :)

Friday, March 12, 2010

Pengacara Trek Selebriti baru

masih dalam mood hiburan seni tanah air di malaysia. kali ni kita terjah pulak siapa yang akan jadi pengacara trek selebriti musim terbaru!

dengar nya haritu Farish yang akan gantikan Jimmy tapi sekali tengok iklan semalam bertapa hancur luluh nya hati bila menatap matamu yang akan gantikan Jimmy.


kecewa sungguh rasa hati! haishh.

kenapalah astro tu amik Aril?Dah macam takada orang lain pulak. bosan bosan bosan! Berlagak sungguh dengan shuffle dia tu. tak berapa nak minat la dia,tapi lagu dia minat gila. boleh tak macam tu?
boleh la kan. hope la aril mengacara trek selebriti tu best best. tak adalah orang menyampah tengok nanti. :)

Thursday, March 11, 2010

Kontest bola oh bola

Bosan gila kat office tadi,tetibe jumpa game ni.

Rasa macam best je main teka teka ni :D

Contest yang dibuat oleh blogger hensem Mie
masih sempat lagi kalau nak masuk sebab tarikh tutup dia sebelum 15MAC! hehe.
meh teka dimanakah sebenarnya kedudukan bola!

bola tu ada kat 
G atau B kot! :)
harap harap betul
mie pilih akuuuu punya jawapan tau :p
sesiapa nak maklumat lanjut pergi terus kat blog dia ni :)

Wednesday, March 10, 2010

Pahala percuma

tengah syok isi minyak kereta petang tadi,tetiba datang seorang pakcik ni,tua sangat. dia jual kerepok dr patani,thailand. jauh tau! wah aku kan hati lembut,kesian sangat tengok pak cik tu. dah tua tua tapi sanggup tau meniaga, pergi dekat sorang sorang mintak beli dia punya keropok tu.

mula mula aku action tak nak sebab serius beb,duit takde.kosong! hehe. tapi dalam hati kesian sangat pak cik ni datang jauh jauh. kalau muda yang meniaga memang tak la kan aku nak kesian. enta enta sindiket dari mana tah kan. then,aku pun mintaklah membe office aku syikin beli dulu lepas tu kita kongsi la bayar. punya la nak tolong pakcik tu.

Aku puas hati jugak la dapat tolong dia dengan niat nak kurangkan beban dia. aku tak boleh tengok orang orang macam ni. patutnya dia dah tua duduk kat rumah main dengan cucu kan. :)

Malam pulak,tengah lepak kedai mamak datang pulak seorang suami isteri ni dari meja ke meja. surelah mintak sedekah lagi. tapi kesian jugak lah sebab suami dia buta. aku kadang kadang terfikir if aku kat tempat dorang apa la nak jadi kat aku. boleh ke aku kuat semangat. tak salah dia mintak derma kan. takut bila benda benda macam tu terjadi. tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. :)

tapi

Kadang kadang aku terfikir jugak. if sorang sorang bagi seringgit,kalau dekat 30 orang kat situ satu malam tak ke banyak? kaya ouh!:)Actually tak baik lah kan sebab bila kita nak bersedekah seeloknya kita ikhlas. tak perlu tangan kiri tau apa yang tangan kanan buat. Kan?

Tuesday, March 9, 2010

Kenali Pelajar Akademi Fantasia 8!

Dah cakap dah memang orang orang Malaysia ni minat dengan Akademi Fantasia. Even Akademi Fantasia ni dah masuk musim ke8 tapi saya berani jamin la memang ramai lagi dok follow konsert  tiap tiap weekend kan! Siap prepare tisu lagi! haha.

Kalau tak caya tengok berapa ramai actually tak la ramai mana.haha search pasal akademi fantasia sekali termasuk blog ni. Market tau cerita pasal AF ni :)

*Search Engine dr Nuffnang!

Okay,lets proceed :)
Saat yang dinanti nantikan telah tiba.

Jeng.. Jengg.. Jengggg....


Astro dengan bangganya memperkenalkan 12Orang pelajar-pelajar AF8! :)
2 Orang dari Klang beb.
Nak afundi orang klang lah.wahaha.


Cantik cantik & Hensem hensem semuanya. muka boleh jual ni. :)
Untuk berita sepenuhnya baca di MURAI
Cheseeee :)

Just Love Good Smelling People

Semalam kan aku terbaca satu artikel pasal lelaki tak suka perempuan yang badan berbau.
Hello,
Kalau nak diikutkan perempuan pun tak suka lelaki badan berbau. :)
Dan kalau nak dikutkan semua orang tak suka orang yang badan berbau. Am i right? hehe
So untuk mengelakkan badan dari berbau..
Tiap tiap lepas je mandi,aku mesti tak lupa untuk spray ketiak dan badan semua dengan.........

tadaaa..

Deodorant Adidas Action 3 deodorant anti transpirant :)
Cool gila kot bau dia.Try la korang semua! Wajib!

Iyelah kan,bila badan berbau mesti semua orang tak nak dekat ngan kita. 
siapa yang nak boleh stay lama lama nak borak dengan orang yang bau badan kuat sangat.
Lagi lagi kalau duduk dalam Ktm himpit himpit!Perghh macam macam bau. Tahan jelah mak.

Muka hensem sekali kalau berbau,masyaallah cepat cepatlah pergi beli deodorant adidas ni. haha

Penting gila untuk elakkan bau badan ni. Prevent is better than Cure kan. kalau hari hari bau busuk boleh memendekkan nyawa tau.haha.  *Tipu tipu.

Sebenarnya agak teruja untuk join Project Alpha Blogging Contest Season 2. Hadiah gila menarik sebabnya Adidas adalah penaja utama Project Alpha season 2! wah wah wah! hehe
Wah kalau dapat stock Adidas selama setahun,memang wangi la aku sepanjang tahun :)


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Monday, March 8, 2010

Juara Raja Lawak musim 4

Boleh tak tetiba aku rasa aku nak pertikai kan Kecik menang raja lawak musim ni?
tapi itulah masing masing terletak di tangan pengundi Malaysia. Bila jari menjadi juri kan. normal lah kan! :)

Rasanya semua expecting yang Idlan akan jadi juara,tapi mungkin bukan rezeki dia. Obvious gila muka kecewa Idlan bila Kecik diumumkan sebagai juara. Idlan,hang jangan sedih sedih naa sebabnya mana tau rezeki hang kat luar lagi hangat! tengok macam Zizan. sekarang tengah masyuk kumpul duit tu. :)

Agak musykil juga lah kan kenapa tak ramai yang sorak time dia diumumkan? hehe.

Ok abaikan sebabnya dia dah menang sebijik Naza Sorento dan wang 14 ribu! Hebat gila. tapi agak musykil macam mana nak kongsi Naza Sorento tu? hehe. Tapi Idlan lagi best! kaut abis 11ribu tok dia sesorang je. hehe.tak payah bahagi dua. sibidubidu pon pon.. :)

Tak lupa jugak. Alex memang kelakar abis! Dia punya lawak memang best! tapi bukan rezeki dia untuk dapat 14ribu tu kan. ok lah setakat tempat ke3. bukan senang nak masuk final kan? Dunia sebenar baru bermula. macam macam peluang lagi untuk dorg semua tonjolkan bakat. masa ni lah nak demand tinggi tinggi. baru cepat kaya. haha.
apa apa pun TAHNIAH untuk KECIK!
*even tak puas hati jugak.hahahaha

Thursday, March 4, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Yeay! Project Alpha kembali lagi untuk musim yang ke2 setelah selesai musim pertama dengan jayanya. yeaaaa! Project Alpha adalah rancangan Realiti online pertama yang dihostkan oleh si cantik manis kurus molek Jojo Styrus :)


Project Alpha ni sebenarnya adalah rancangan untuk mengenali the Famous Amos blogger di Malaysia. :)
Rancangan khas untuk lebih mengenali blogger dengan lebih dekat lagi!

Project Alpha take a sneak peek into their lives – who they are, how they live, what makes them tick and from where they derive their inspiration – to capture the attention and interest of thousands of online readers on a daily basis.

Kita boleh tahu siapa mereka semua dan yang penting kita boleh dapat tips how to be the famous blogger like them! *teruja gila!


Siapa tahu anda yang akan menjadi Top Blogger seterusnya :)

Mereka adalah Top Blogger untuk Project Alpha Season 1
yeah! Terharu tengok AbangNara yang hensem turut tercalon. ceewah! :)

Juga sangat jeles melihat income Nuffnang Kennysia!

Sangat teruja melihat kehidupan RedMummy sebagai pencinta Merah! :)

dan bangga melihat blogger gosip terhangat hiburan juga tercalon!
Budiey Sensasi selebriti!

Juga sekalung tahniah kepada Sixthseal,Nicolekiss, and Fourfeetnine! yeayy!
hampir jutawan mereka hanya kerana blog! So hanya di Project Alpha kita semua akan tahu rahsia rahsia tersembunyi kejayaan mereka. Kita terjah! wah!

Moving Forward!
Kini

Project Alpha Season 2
Calon calon adalah :
kenali mereka dengan lebih rapat
http://www.cheeserland.com
Beautiful Blogger
 
Blogger Boy
 
Jojo Styrus Photographer

 
Penangkap gambar Jojo Styrus
 
Versatile Yoga Teacher

  
 Orang Kuat di sebalik audition Akademi Fantasia

 
Selebriti paling hangat!
Kenali mereka dengan lebih:
Project Alpha Season 2 dibawakan oleh :

dengan kerjasama

dan



Juga dibawakan oleh: 





Ruumz

Project Alpha akan On Air SETIAP HARI untuk 7 minggu yang akan datang
hanya di www.hitz.fm dan www.nuffnang.com.my/projectalpha

For futher information pasal ProjectAlpha
LAYARI
&
KLIK:


Bak kata Hanis Zalikha :
Orang cina percaya kalau kita ada secebis barang dari orang bertuah, kita pun akan bertuah.
bagi yang ingin menjadi top blogger yang bertuah kenalah belajar dari blogger yang bertuah dalam Project Alpha Season 2 ni. hehe
Mana tau Project Alpha season 3 muka korang pulak ke :)
Ok! cukup.
REMEMBER!
 to 
watch
Project Alpha Season 2
19 April 2010
on


Project Alpha Season 2 is presented 
  and supported by 
P1  
and
MAS!

Rambut

Rambut sama hitam.hati lain lain.diberi cuka dibalas duka.cakap cakap belakang,biasalah. :)

Tuesday, March 2, 2010

Audition Jangan Lupa Lirik

Kitaorg pergi audition JANGAN LUPA LIRIK der! :p Kul9 tu dah beratur panjang gila.masing masing berebut amik borang. Meh kita review sikit soalan soalan yang ada kat borang penyertaan. yang penting kena jawab honest beb. Lepas jawab pasal nama,umur,ic semua tu,kami wajib jawab pasal...

@Penyanyi kegemaran anda (jawapan peribadi) :)
1.Indigo
2.Zaiton Sameon
3.Ramlah Ram
4.Spring
5.M Daud Kilau
6.Jeffry Din


@Senaraikan Penyanyi yang tidak digemari
ha jawab sendiri siapa penyanyi yang korang tak suka!
tapi kan Mak cakap tak baik tak suka orang. =.='



@senaraikan lagu tradisional yang selalu anda nyanyikan

1.Dan sebenarnya-yuna
2.Kau kunci cintaku dalam hatimu-Ramlah Ram
3.Oh carol (tradisional inggeris kau)
4.Diam diam jatuh cinta-ramlah ram
5.Pelamin anganku musnah-azie. haha



ok lebih kurang macam tu la kan soalan soalan yang dia bagi,so kene la jawab betul betul sebab time audition tu dia bagi lagu based on kita punya list.

Ok part dalam borang yang paling I suka tau bila dia tanya:


@kenapa anda ingin mencuba nasib dalam rancangan jangan lupa lirik?

saya rasa saya berbakat,saya rasa saya memang ada rezeki untuk menang 1juta tu sebab dah 3hari berturut-turut saya mimpi kena belit dengan ular albino. lepas tu saya rasa saya boleh promosi kan perniagaan mak saya bila saya dah masuk tv. orang kampung akan kenal saya. saya akan jadi artis mee segera yang femes dalam sekelip mata =.=' herm,saya rasa saya dah hafal semua lirik dan saya confident la nak masuk.saya yakin saya yang boleh terpilih.


yeah! macam tu la cara nak jawab. bagi juri rasa agak teruja untuk jadikan kita peserta jangan lupa lirik. :D


ok teruskan tang Soalan Paling Best!


@Nyatakan Impian Hidup anda sekiranya anda berjaya memenangi wang berjumlah SEJUTA RINGGIT!
Ok.jangan terkejut kalau baca.semua sila cool.kita jawab pelan pelan.


Bismilahiramanirahim.

>Diri Sendiri


jika saya berjaya memenangi wang berjumlah 1juta saya akan berasa sangat terharu. sob sob. saya rasa mesti ramai akan mengaku saya sebagai saudara mara yang dah lama tak jumpa. =.=' eh silap silap. saya rasa saya akan...akan... -Bayar Ptptn dulu,Lepas tu melancong ke Philipihine,dan membayar 1k untuk berjumpa Jericho Rosales lalu kami berkahwin dengan kos perkahwinan di tanggung beres! hahaha. wah heaven :D


>Family


Membantu family menunaikan umrah menunaikan haji,lagi deposit jelah kat dorang 500,000 :D Anak yang baik katanya. (:


>Lain-Lain


Tak elok pada lelaki bila menang 1juta lagi lagi yang sudah berkahwin kerana dikuatiri akan meluaskan cawangan nya. tapi kalau nak luaskan cawangan kedai makan tak apa =.='

Ingin belanja kawan kawan makan secara percuma selama 1 bulan
Ingin membeli Carlo Rino,LV,BvlGari,Sacrlet dan sewaktu dengan nya

Ingin....
Banyak sangat keinginan sampai tak tau nak tulis apa lagi! (: Senang senang ''TOLONG PILIH SAYA"
(sila merayu habis habisan,supaya juri baca lantas kasihan kan kita)

kiranya soalan soalan lebih kurang macam tu la. so jawab betul betul even tangan sangat letih menulis. :(
Actually saya tak masuk pun,saya datang untuk beri sokongan kepada my bestfriends! Siti Nurashikin. :D tengok sampai tertidur tau! lama tau tunggu~~~

Sila doakan bestfriends saya ni yang menunggu dari jam9pagi sampai jam10malam di RedBox,Sogo.
*muka letih adiba menunggu!haha
*white paper,borang penyertaan*
jeng jeng jeng. yellow paper! :D
Yeayyyyy!dia berjaya dishortlistkan. Moga moga astro call kau ye ekin! (:

ha,untuk sesiapa yang nak try ujibakat Jangan Lupa Lirik lagi. Silalah ke RedBox,Sogo pada 6,7MAC 2010 ni okay. (: Jangan lupa bawak photostat Ic dan gambar berukuran 4R. Jangan siakan bakat awak awak semua. mana tahu boleh menang 1juta kan?hihi.
Tata Titi Tutu :)