Saturday, February 27, 2010

Aku nak kurus..................

>Sebab senang kalau nak masuk Amazing Race Asia (TARA),sure boleh menang sebab badan ringan boleh berlari laju laju! *Kebetulan TARA tengah bukak audition. sesiapa yang nak jadi my partner sila tinggal kan detail anda ye! :p diutamakan kepada yang pandai english... Hihi


Date: Saturday, 13th March 2010 Venue: Orange Wing LG2 of Sunway Pyramid Shopping Mall, Petaling Jaya Time: Registration starts from 11am


>Sebab I dah TER pengaruh dengan contestant contestant Biggest Loser yang kelihatan amat cantik bak Tyra Bank apabila sudah kurus!



>Sebab aku teringin nak masuk ruangan Make Over dalam Dara.com! haha. Boleh posing posing ibarat model :D Sudah berlari di kawasan rumah sebanyak 2round tapi my tummy still out! :p


>Sebab senang untuk fitting baju kahwin. tak perlu bersusah payah untuk berpuasa selama 1bulan sebelum berkahwin T.T


>Sebab kesihatan! reason paling terbaik weh. mana nak dicari ganti kalau organ organ dalam badan ni dah sakit. =.=' *Amin,mintak panjang umur* impian nak jaga ibu dan ayah sampai mereka tua. so badan kene fit supaya berkemampuan hingga akhir hayat (:


>Sebab teringin memakai swimming suit ketika berenang.nampak slim and shady! cantik (:


>Sebab dalam pemikiran aku,kurus je cantik,cantik je best! best sebab jadi orang cantik.
orang cantik JE best! tak ke cantik gambar atas tu?


>Sebab kurus senang cari baju.tapi baju ada banyak jugak size L,XL! ok ini the weakness reason.


>Sebab bila kurus,dah cantik keyakinan diri meningkat! betul ke?


Actually ini semua motivasi formy self! :p
Kurus ke Gemuk ke semua orang cantik semua hensem.janji kesihatan fit! hidup hanya sekali. yang penting kita enjoyyy! :D
Ok,Sebab apa lagi nak kurus eh? Kongsi la rahsia.jangan kedekut! (:

Wednesday, February 24, 2010

THE REST OF MY LIFE



SILA BUKAK VOLUME KUAT KUAT
dannnn
HAYATI LIRIK LIRIK LAGU NI :)

Alahai sweetnya. kalau ada bf bagi lagu ni terus aku ajak kahwin! :D
Tenang je dengar lagu ni :)
terus jadikan lagu profile blogg! =.='
bercinta secara islamic gitu..

untuk siapa siapa yang tak percaya cinta lagi elok la dengar lagu ni dan fahami. (:

naseb single,tuju pada bestfrens bestfrens semua lah :)

THE REST OF MY LIFE
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


Tuesday, February 23, 2010

Mitos 18sx!

Fikir punya fikir selama beberapa hari ni kan. tergerak lah hati saya nak share pasal mitos tapi bukan pasal kereta atoz atau kerepek nachos! :D tapi pasal Mitos! iyaa Mitos! MITOS 18SX lagi tau! :D


Untuk makluman semua,mitos mitos ini more kepada perempuan laa... (: Sebabnya saya dapat mitos mitos ini semua dari laman web Kotex. Hehe. Laki laki pun boleh sebenarnya tapi sekadar untuk maklumat je lah kan. nanti boleh kongsi kongsi dekat mak ngan adik adik kan.
sweet la abang! (:


Ekceli,mitos ni kepercayaan orang dulu dulu la sampai buat kan kita percaya sampai la sekarang! padahal benda tu tak betul pun.


Sini,saya nak kongsi mitos mitos yang tak boleh dipercayai langsung tapi kita kadang kala kita still percaya kan? :)



Saya rasa semua pernah terfikir kan pasal benda ni..... @@@@@

*Bila kita tengok payudara seseorang itu jatuh,pasti kita rasa dia dah melakukan hubungan sex.
Betul tak korang selalu fikir macam tu? :p tapi sebenarnya tak pun. adalah tu masalah masalah lain. hihi


*Dulu mak kita,nenek kita selalu pesan. Jangan duduk atas bantal tu nanti bontot bisul
sebenarnya tak pun, mak kita marah sebab bantal yang kene letak dekat kepala yang kau pergi letak kat bontot tu pasal apa? tak elok bonar perangainya eh! (: kenela sopan sikit kan.
Tapi selalu tengok pengantin- pengantin duk atas bantal masa akad nikah tu tak apa je tak bisul pun. Opsss :D


*Kamu boleh mengandung jika budak lelaki sentuh kamu.
Ewah betul ke? :)
teruk la macam tu. dah banyak kali tersentuh lelaki time naik ktm petang petang time orang balik keje tengah sendat tu :D


*Kalau tak basuh tuala wanita dengan bersih,nenek kebaya akan isap darah tuuuu!
tapi digalakkan basuh la kan,lepas basuh,letak dalam paper dan buang :)


*Orang cakap kalau pakai deodarant yang roller on tu kita boleh kene kanser payudara
tipu! tipu! fitnah semua ni. korang jangan percaya. so korang boleh la guna dengan selamat benda alah ni! (:


*Orang cakap kalau nak tengok perempuan tu period ke tak,kita boleh tengok kening dia.
ada beza ke? haishhh!


*Ramai percaya yang sengugut dapat di ilangkan selepas kita berumahtangga!
percaya atau tidak kan,memang period pain sakit gila! patutlah ramai je kan yang beria ria nak kahwin awal kan? (:
*mintak mintak time kahwin suami akan peluk peluk manja kalau sakit period. yang nak apa? semua abang boleh buatkan, yang penting sayang rehat ok... ohh sweet :D


DAN akhir sesekali jangan percayaa....
*Sentuhan lelaki pada payudara dapat merangsang pembesaran payudara! =.='
sekian.


Relax,Respect,Respond! (:


For more info visits KOTEX!
macam macam info menarik pasal wanita ada kat laman web dia...
Peace No war! :D

Saturday, February 13, 2010

Ajaib Tak? [Gambar]

Malam ni,tetiba rasa nak tunjuk kan 1 gambar ajaib.

Perubahan ketara katanya :)

Dulu rasa diri ni hodoh sangat.
(macam dalam gambar)

"Jerawat!! Macam mana ni,esok ada concert! ~"

TAPI...

sekarang tidak lagi,hodoh jugak sikit,tapi ada manisnya :p
( macam dalam gambar jugak)

"Jerawat? Tiada lagi! "

hee :D



Rahsia dia? ada laaa :)

p/s: adoi. mcm sengaja tau buka pekung di dada malam malam ni =.='

Thursday, February 11, 2010

Blackberry Percuma

Nah wa nak bagi korang semua satu peluang untuk dapatkan blackberry secara percuma.
Nah la pilih la sorang satu nak design apa!
:D haha..
Haha. saja je. Entry yang tiada motif dimalam hari.
Sebelum tidur masing masing kena doa
"Ya Allah Bagilah Syazleen Ismail Blackberry satu"
Selamat Malam semua. :) Tatatititutu. Salam perpaduan 1 malaysia.haha

Wednesday, February 10, 2010

Pengacara Akademi Fantasia 8

Memang kalau boleh aku nak Aznil yang jadi pengacara AF8 balik. Tapi nak wat mcm mana astro dah wat keputusan yang Jimmy Shanley dari trek selebriti tu yang akan jadi pengacara. Boleh ke Jimmy buat buat sedih kalau pelajar terkeluar tiap tiap minggu macam pak nil buat tu? hurm. tunggu jelah nanti.

Pengetua engatkan Datuk Siti tapi Norman Kru pulak. Okla kot.kita tengok lah nanti apa perubahan yang norman kru buat. hiks (:

OHJimmy! nasib baik kau hensem :)

lepas ni kalau ada pelajar terkeluar kau jugak jimmy yang akan interview dorang dalam Trek Selebriti. memang semua kau rembat la. haishh.

bagus jimmy. Good luck! :D kumpul duit banyak banyak lepas tu kita kahwin kat songhkla ok! Haha.

Kombinasi Kak Mah gali dengan Jimmy macam best jugak kan. :D
Tak sabar tunggu Af8 yang akan bersiaran 19Mac ni. Oh god. Siapala student dia. :)

pelajar pelajar AF8. Menuju puncak! yeahhhh~~
Ok tipu. dorang tak terpilih pun sebenarnya.hehe (:



Ni membe saya yang comel lote,yang bakal gantikan Heliza Af katanya.hihi. tapi sayangnya dapat sampai Stage ke3 je. Ok la tu. bukan senang nak dapat stage ke2 pun! Orang Astro cakap Next year try lagi. im proud of you lah! (: kalau tak dah berangan AFUNDI NABILA dah! yeahhh! :)


Nabila diapit oleh Jejaka Pilihan Minggu Ini . haha

P/S: saya rasa one of my friends dari Uitm Penang terpilih kot (:
Afundi **b* ! Yeahhh! hehe

Tuesday, February 9, 2010

Susu dan Kopi

Tak mudah untuk hidup dengan orang lain. tak semua orang disekeliling kita berperangai macam yang kita nak. kadangkala kita kene sedia untuk menerima kelemahan dan try untuk menyesuaikan diri dengan orang orang lain jugak.

sama jugak kalau kita kawin nanti. pasangan yang kita kawini tak semestinya perfect sangat. tapi untuk memastikan hubungan sampai ke akhir hayat memang penting untuk menerima dan sesuaikan diri dengan segala kelemahan pasangan kita.

sama jugak bila kita berkawan. sure kita nak kawan yang serasi dengan kita. tapi tak semua kawan kita berperangai mcm yang kita nak. tak semua yang kita nak kita akan dapat kan? so,kita belajarlah ikut rentak dia pulak. give and take gituu. :)


once im in this situation,i realized that i need to sabar and sabar and try cari keserasian antara kami, dan lama lama bila dah okay aku sedar yang aku sayang akan persahabatan ni. sebab aku sedar yang tak ada yang perfect dalam dunia ni. betul tak?

Milo + Nescafe = NESLO
Sedapkan? :D
Tapi tak semua suka. ekot lidah masing masing jugak kan.
Sama jugak dengan keserasian. hehe :)



Saturday, February 6, 2010

Macam mana nak dapat RM30 dari Melaka

Mula mula kena pergi ke Melaka. iyalah kata pun nak dapat duit dari melaka so kena pergila melaka.

lepas tu korang kena bincang dengan teman teman yang ada dalam kereta nak pegi mana.

mesti ada kawan anda sorang yang akan suggest
"Dah datang melaka ni,jomla kita g cari souvenir, cencalok ke keychain ke."

Lepas tu, macam mana nak dapatkan RM30 tu?

1. Parking la kereta tepi muzium Kastam,sebelah kapal besar tu. tau? hehe

2. Confident dengan bangga terus lintas jalan.

3. Then terfikir nak amik gambar dengan kapal besar diimpit oleh Pak cik beca :)



4. Lepas tu, Berjalan sambil berfikir nak beli cencaluk serta belacan berapa botol

5. Teruja nak beli baju putis tulis melaka rm5 sehelai,juga beli keychain

6. Dah settle. Jom balik. Kita jalan ke kereta sama sama sampil terkejut RM30 diletak kan secara percuma atas kereta anda. Ajaib :D





7. Perasaan amatlah gembira kerana mendapat duit secara percuma dan sebagai kenang-kenangan dari Melaka. Chillll~~~~ =.=



comel tak? hehe.
umur saya 1 ulan :D

Thursday, February 4, 2010

Cinta bukan untuk ditangisi

Nih Cik Elyn D nak bagi nasihat dan petua sikit pasal ceritera cinta ni. dengar ya semua! :D

Korang ingat lagi tak semua macam mana indahnya perasaan bila korang semua sedang bercinta? :) tengok gambar kat sebelah nih. asyik tersenyum je.dapat peluk free pulak tu! haha. jeles! kalau 24jam tu tak berangan tak sah. nanti kawin nak letak nama anak apa eh? nak kawin tema apa? Semua kene fikir dah walaupun baru 1 hari je declare.. hikhiks

Indah dan Menawan sungguh bila tengah couple..

TAPI! AMARAN!

Bila dah bergaduh! ditegaskan disini BILA DAH BERGADUH!

Kita kene ingat dan positive,sebab biasalah kan dalam setiap hubungan gaduh gaduh its a normal thing kan. tapi jika betul lelaki suka kat kita,asal dia kene buat kita menagis? kalau dia sayangkan kita, asal dia nak permainkan perasaan kita?

Dengarnya cinta yang suci murni tidak perlu air mata tapi ketawa sepanjang hari. Hati kita rasa bahagia. Tapi kalau dia asyik buat kita menagis je siapa dia untuk uji ketahanan jiwa kita sampai macam tu sekali? *tetibe emo hee~

kalau korang asyik menangis je sejak couple dengan bf korang tu,sama jugak mcm korang sedang lalu jalan kat highway yang penuh dengan lubang, bengkang bengkok macam dekat Bukit Jalil tu. tett!!

Bila takada bf memang akui sunyi,sepi kosong (pengalaman sendiri) hehe. tapi sebenarnya tak payah,eh tak perlu (sopan sikit :) beria-ia membina cinta sebabnya insyaallah cinta akan datang sendiri. Tapi kene la usaha jugak. kalau tunggu je. terperuk dalam rumah memang tak lah kan tetiba orang datang nak minang kita. (:
Something yang datang dengan ikhlas lebih tahan lama. (:
Untuk semua gadis. cinta kena dinikmati bukan ditangisi. Lepas ni korang gelak je okay sepanjang hari if korang dah couple :D
Kalau korang selalu menagis sebab boyfriends kesayangan korang tu,nanti air mata yang keluar akan keluar sehinga awak berkahwin..

Monday, February 1, 2010

I like it Longer Because Of You!

Kenapa dan kenapa saya sanggup suka awak sampai bila bila?Awak tau, sejak saya tengok awak untuk pertama kali saya dah tertarik sangat kat awak.Awak tau sebab apa saya dah jatuh cinta dengan awak??!!

Sebab sekali pandang awak, hati saya berdetik "U are the only One" . In my eyes, you're a perfect profile. Ternyata gerak hati saya betul sebab awak je yang bermain di fikiran saya dan awak yang sebabkan saya tak tidur untuk 365hari! Siang malam engat Awak sahaja!

Memang dah lama saya cari awak! Then awak muncul juga tanpa diduga! bertapa bahagia because i can't stop to thinking of you laaa (:

PLEASE BE MINE!

Ohh Dear Chocolate Love,


LG CHOCOLATE BL40...
Bila awak akan jadi milik saya?


Awak engat saya pendek tak boleh nak memiliki awak yang panjang tuh?

I know you "Glossy, sleek and thin like a supermodel.” but i still addicted at you. You make me feel your style when i look at you dear! (:



Mentang mentang tangan saya gebu awak engat saya tak boleh pegang awak yang elegan tu?

LG Chocolate (Bl-40) saya tahu yang awak memang sesuai dengan saya. Awak tahu yang awak memang dicipta untuk saya dalam dunia ini. (:

Awak tahu tangan saya gebu,mata saya rabun maka awak mudah kan saya dengan HD LCD awak yang besar 4-inci tu. No wonders,LG brings a better user experience when browsing web pages. Mesti gambar saya dari rambut sampai kaki boleh muat dekat Widescreen awak! no more scrool ke bawah dan ke bawah lagi! :D

Saya tahu awak suka tengok saya gebu mcm ni sebab saya nampak comel kan? Awak mudah kan saya untuk touch je kat screen awak. Awak tak benarkan jari saya yang gebu nih menjadi kurus untuk menaip keypad. (:

saya jugak tahu yang awak memang terima saya seadanya sebab bila awak tangkap gambar saya dengan camera 5.0Megapixel awak tu akan terserlah semua jerawat jerawat saya. saya tau awak tak kisah kan sebab jerawat saya ni yang awak gila gila kan sangat kan?saya nampak manis dengan jerawat ni kan? hikhik segan tau. :D

Even awak belum jadi milik saya tapi saya tahu bertapa hebat nya awak! (:
Bila awak jadi milik saya lagi bertambah tambah hebat awak kan! :D