Thursday, December 16, 2010

.....

Ya Allah aku rindu dia :(

Sunday, December 12, 2010

Adakah aku akan menjadi dewi remaja jugak bila aku ada gambar dengan Juara DEWI REMAJA 2010?

Hahahaha.sumpah tajuk entri tak boleh blah,memang aku tak layak lah nak jadi finalis kan,tercalon pun takkan kot. kalau juri tengok gambar aku,juri mungkin dok fikir 'eh budak ni datang untuk dewi remaja ke tukang bungkus majalah Remaja?!'

Tapi,Mungkinkah ini yang dinamakan rezeki orang-orang yang terpilih.chewahhhh.... ;) aku dapat tangkap gambar dengan Juara Dewi Remaja 2010! Masa tangkap gambar tu dulu dia baru finalis. tapi siapa sangkakan antara finalis banyak-banyak tu aku pilih dia je untuk tangkap gambar,dan sekarang dia menang babe! *kita kena engat Allah dah tentukan.. ;p positifkan minda sendiri.teheee

Kira tumpang glemer lah i nokkk ada gambar ngan dia. ;p apa orang cina cakap 'ada ong' lah. mana tak nya tup-tup dia ni jadi Juara Dewi Remaja 2010 ganti Scha Al-Yahya! Muka dia dahla ada iras erra fazira tapi dia pendek sket.hee

Mak aku duk sebut-sebut dia ni bakal jadi juara bila tengok dewi remaja tiap hari rabu kat astro tu,tup tap tup tap hambek kau memang dia menangggg! apa orang kata doa ibu ni memang berkatlah.even mak aku ni bukan ibu Neelofa pung! Wahahaha. tapi aku target anzalna dengan ramona menang.sebab dorang cantik sangat. i likee! mcm barbie doll.



credit picture to DatinWowhh Najahtul Iylia

Gambar ni masa aku pergi karnival buku dekat Pwtc haritu, dewi-dewi remaja ni duk promote majalah remaja dorang, suppose kena beli dulu Remaja baru dapat tangkap gambar dengan dorang. tapi maybe lah Neelofa ni terharu kot bila tengok kitaorang puji dia depan-depan.terus dia okay,senyum baik punyaaa!
Serius cakap cun gila kot diaaaaaaaaaa!


Haaaa... gambar feeling-feeling cover girl.padahal kena sendiri bayar. Tapi merasalah kejap masuk magazine palsu ;p

P/S: Congratulations Lofa. Even umur kita sama nape awak nampak muda lagi T_______T

Thursday, November 18, 2010

Pissed Off :/

Pada saat dan ketika ini,minda aku sangat blur. hanya disebabkan masalah-masalah kecik! Tapi bila minda sangat rajin berfikir dengan lebih jauh makanya ia menjadi satu masalah yang besar. huu.

I dont know what suppose i do! seriously! memang sangat runsing sekarang nih.
I think its not a big problem to me but right now kena fikir jugak penyelesaiannya!
adoi.pening lah weh bila masalah-masalah dalaman mcm ni melanda.

pada sabtu 20.11 nanti,akan ada raptai konvo dekat uitm shah alam.
I guess memang wajiblah kan untuk datang? sebab nak amik jubah semua,tapi on the same time aku kena balik kampung jugak. yang aku pelik nya kenapalah tarikh nak raptai konvo tuh dekat sangat dengan cuti raya haji. adoi kacau betul lah. kalau aku nak escape tak nak balik raya pun tak elok jugak. sebabnya aku ni dahla jarang balik kampung. sekali sekala kena lah jugak balik kampung jenguk orang tua dekat sana tuu.

tapi yang paling beremosi sangat ni pasal aku serba salah dengan abah aku,abah ah beria ajak aku balik sebab dia nak aku ganti dia drive,jauh kan kelantan, so macam haruslah kena tukar-tukar driver. mcm bas transional kan ada 2 driver, bila penat boleh ganti-ganti. hurmmmm, aku pun decide aku ekot jelah dia balik kelantan.

tapi yang tak sedapnya,takkan aku nak balik kelantan satu hari je. esok pagi bertolak balik dari shah alam, jumaat malam dah kena naik bus balik! dalah kelantan tu amik masa 7-8 jam baru nak sampai. Lembu tak siap kena lapah lagi aku dah kena balik shah alam balik. haru biru aku dibuatnya. Leloh senghoti aku balik kampung gini.

Itupun kalau ada tiket bus untuk balik shah alam malam sabtu tu? Kalau takada mcm mana? kira aku tak payah pergi raptai jelah kan? T_______T

Pening aku dok fikir sampai nak termuntahhh!Haha

But the way esok cerita 2 alam yang digembar gembur kan tuh nak keluar. Jom g tengok. support lah Dr Rozmey.Haha

Tuesday, October 5, 2010

Always be there

When you lose your way
To Allah you should turn :)

Petikan dari lagu Maher Zain - Always be There

Kalau single sebab tak cantik ke?

kalau tak cantik,tak hot,tak lawa,tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan tak boleh ke nak couple macam orang cantik,macam orang hot yang lain?

jawapannya TAK!

Sebab :

Allah DAH tetapkan bahawa manusia dimuka bumi ini telah ditetapkan pasangannya. Jodoh pertemuan kan ditangan ALLAH. (:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21)

Jadi tunggu dan lihat. Insyaallah jodoh akan datang.

Friday, August 27, 2010

Happy Friday

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran semua.Hari yang paling ditunggu-tunggu for me.hee ;p
sebabnya hari ni kan cuti. SAYA NAK TIDUR! HAHAHA.

saya bukan sengaja nak tidur lebih-lebih pada bulan ramadhan yang mulia ni tapi sumpah saya cakap saya memang tak cukup tidur sejak belajar ni. bayangkanlah pukul 2-3 pagi baru nak tidur,kelas dari 8.30 pagi-6.30 SETIAP HARI,kadang-kadang ada kelas malam pulak tuh,assigment melambak, mana nak cukupp tidur. *tengok tengok sikit sikit nak mengadu* grrrr

tengah syok-syok tidur tadi,
someone invite me untuk berbuka puasa di Singahsana Hotel,PJ. :)
dalam hati *yeayyy dapat berbuka dekat hotel lagiii. hehe
but for me,sekali sekala berbuka dekat hotel boleh lah
saya lebih suka berbuka dirumah dan dikolej.
simple but enjoy.
boleh berkumpul sama-sama, tak perlu nak berbelanja lebih. rasanya Rm10 dah cukup untuk kuih,nasi, dan air. pasti kenyang sampai ke sahur.

tapi kadang-kadang bila berbuka dekat hotel pun SUKA jugak
sebabnya tetiba perangai EXCITED tuh terkeluar.
setiap makanan nak amik.HAHA
Sampai penuh lah meja.
dah lupa etika etika ketika makan buffet. penat je belajar. haha.
bila dah waktu berbuka,makan sikit terus kenyangg.
hehe,makanan yang lain terus tak makan.

Membazir-membazir!
*kawan siapa lah tuhhh.

Hari ini, Esok, Lusa.
SAYA Nak Rehattt

P/S: Cuti! Siapa tak suka kan :D

Thursday, August 12, 2010

Im Sleeping

kita sangat busy lately ni, assingment takada tapi busy dengan kelas yang sangat pack!
orang lain pun ada kelas jugak tapi takdelah straight je dari pagi sampai petang mcm pergi kerja ni.

kadang-kadang tidur pung tak cukup. dugaan betul lah dalam menuntut ilmu ni. lagi-lagi this week dengan next week penuh dengan test. Hambek kau! lagilah tak cukup tidurrr..


WEEKENDD!
please come closer to meeee! Nak tidurrrr :(

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



May this Ramadan be as bright as ever.
May this Ramadan bring joy, health and wealth to you.
.
May the festival of lights brighten up you
and your near and dear ones lives.
.
May this Ramadan bring in u the most
brightest and choicest happiness and
love you have ever Wished for.
.
May this Ramadan bring you the
utmost in peace and prosperity.
.
May lights triumph over darkness.
.
May peace transcend the earth.
.
May the spirit of light illuminate the world.
.
May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way and lead us together on the
path of peace and social harmony
Salam Ramadhan (:
Ampun dan Maaf dipinta untuk semua salah silap

Wednesday, July 21, 2010

You CareLess!

Going to class for 3-4 hours -> balik tidur dekat Melati -> abah col suruh balik tidur rumah sebab ibu dan bapa akan ke Indonesia.responsibility kena take over menjaga adik-adik -> bangun dengan mamai -> cuci muka -> kemas beg nak balik bawak baju kotor semua -> 
turun lift dr tingkat 9 ke G -> tetiba kunci kereta tak jumpa -> duduk tepi jalan tumpang divider cari kunci kereta -> pergi tempat parking -> hobi baru dekat uitm kena tolak kereta sebab parking full,so student parking bertindih-tindih -> masuk dalam kereta -> borak borak dengan eamy -> dinner at Molek Restaurants -> Nasi Eamy lambat,dia moody terus cancel order.yeah itu hebat! -> balik rumah Kampung Jawa ->  around 12.30a.m baru sedar handphone tak ada!! 

P/S: Tujuan: handphone tak dapat dikenal pasti. Hilang!
Persoalan : Dimanakah tempat agak-agak handphone saya hilang???!!!!!!!!!!!!!!!!!  :(


salam dari universiti

Bismillahiramanirahimmm..
Syukur ke hadrat Illahi kerana hari-hari yang saya jalani amat baik-baik sahaja. setelah hampir tiga minggu menjalani kehidupan di UiTM Shah Alam ternyata ia amatlah berbeza sekali apabila saya berada di peringkat diploma. berbeza dari segi apa? semestinya dari jarak rumah. kalau ikutkan dulu mengambil masa lebih kurang 5 hingga 6 jam dari penang untuk balik ke rumah tapi sekarang mengambil masa 10-15 minit sahaja untuk balik. sangat bertuah bagi saya. takdelah homesick. hee

buat masa sekarang,kelas berjalan seperti biasa. dan buat kali pertama, saya sangatlah bangga untuk memilih minor hotel which mean i need to learn about serving class and housekeeping, dan pada masa yang sama saya perlu masuk kitchen! yeaaa.. saya sudah pandai masak! :D berbeza dengan pelajar tourism yang mengambil minor culinary, jadual kami sangatlah pack jika dibandingkan dengan mereka. they very lucky SANGAT! boleh tidur banyak-banyak dalam bilik berbanding kami membanting tulang di kitchen dan bilik-bilik hotel.

i already have an experienced on how to make a bad making and how to clean the bathroom. cool right? :)
And i learned how to standing 6 hours straightly on kitchen class and serving class!!

classmates?

Classmates,so far masih lagi diperingkat awal. diibaratkan macam orang berkasih,kami masih di peringkat perkenalan rasanya. masih perlu mengenali hati budi masing-masing. teheee... semuaa henseemmm hensemm semuaa cantik-cantikk tapi rasanya semua ada makweee and pakwee kottt ,,, :p

kadang-kadang saya rasa bertuah menjadi pelajar Uitm Shah Alam. bukan sebab apa, masa mula-mula masuk kelas,would you imagine lah kan, all the Uitm Students from serata malaysia berkumpul di satu kampus induk yang sama. yang mana selama nih kami tengok muka-muka dorang dekat facebook je, sekarang kita boleh jumpa depan-depan. cool ohhh! even dorang takkenal saya pun :p

buat masa sekarang,everything is run smoothly. nnt pun insyaallah.

p/s: seronok cuci mata tengok student-student berebut bus rapidd! :D

Monday, June 28, 2010

Germany 4 - England 1

Hello.

Germany 4! England 1! Salute untuk pertahanan germany yang gila cool. hebatlah senang cerita. penyerang dia tak payah cakap lah,lagilah pergh.. itu yang  4-1 tuh. kepada profile picture jersey-jersey england kat facebook tuh dah boleh tukar gambar dah :p


tapi,eventhough aku ni bukan anak england tapi tak tau lah kenapa aku dapat rasakan kekecewaan kumpulan england! kecewa lah.. cuba cakap siapa main tak nak menang?!
Arghhhhhhhh T___________T

P/S: Hell kot,Second Goal by England tak dikira! Buta ke apa?! tak adil ohhhhhhhh... 

Friday, June 25, 2010

Hanya DIA

Memang hidup ni macam roda. kadang kita kat atas,kadang kita di bawah. bagi saya, setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi yang memang telah ditetapkan oleh DIA yang kat atas tu. Memang tidak dinafikan, kadang-kadang kita akan dapat apa yang kita nak, kadang-kadang kita akan diuji dengan pelbagai dugaan yang membuatkan kita tertekan,down lebih tepat sebenarnya.

tapi dalam kehidupan saya,saya akui ada masa saya down,ada masa saya gembira. kadang-kadang benda yang saya tak expected saya dapat saya akan dapat.

DIA memang telah menetapkan segalanya. Ajal maut Jodoh pertemuan semua ditangan Allah.

Engatlah DIA selalu. dan jangan lupa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya.

Saya rasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhamdulilah! :D

Monday, June 21, 2010

Kenapa berdebar-debar ni?

berdebar-debar hatiku berdebar.
adoi,nih dah kenapa asyik berdebar dari tadi ni.
tau tak berdebarrr macam manaa?
berdebar mcm nak tunggu pengantin lelaki sampai rumah tau!
orang cakap kalau berdebar,tak sedap hati ni benda buruk nak jadi,tapi apa dia? tapi mintak dijauhkan.
atau..
petanda-petanda sakit sakit nihhhhh? moga-moga bukan macam tuh.
.

tiru muka kat baju

Grrrr..
HATI!
Tell me whyyyy kenapa kau berdebarrrrrr!

Padamu ku bersujud.

Morning..
rasa bersyukur sebab ada 69 orang follower. (T.T)
terharuuu.. haha
takpelah dorang baca atau tak my belog,tapi saya tetap bersyukur..
Alhamdulilahhh :D
jom layan afgan-padamu bersujud.


Sunday, June 20, 2010

Byebye Diploma,Warmest Welcome Degree

Semalam tengah drive kereta nak pergi KLIA,dapat satu call dari syarifah syahirah.my bestfriend.
 
"eh awak,degree dah boleh cek tauuu.suara dia dah excited semacam,mesti tengah tersengih-sengih"

dalam hati sure dia dapat ni.kita pun onthe same time nak tau jugak result kita mcm mana!  tapi dalam kereta mana ada wifi nak cek kan.dush!

"awak dapat kat mana?! cuba awak cek kan kita punya sekali. 891102******,tengok kita dapat tak?

boleh pulak dia tak excited nak menjawab. 

"okay,kau dapat.no matrik kau cantik." haha. 

ok sebenarnya ada lagi yang kami borakkan. excited bincang pasal rumahla, nak sewa mana,sedangkan duduk kat klang je.pergi uitm 20minit dah sampai kalau tak jem.

ok. setelah 3tahun penat lelah menghafal,menulis,membinding assigment semua dekat uitm penang,kini tiba masanya untuk berada di uitm shah alam! 
 
ohyeah oh yeahhh... lepas ni kalau merajuk sikit balik umah mak,takde duit balik umah mak,no home sick,dah takde tambang bas mahal-mahal! :D 

on 2julai 2010,saya dengan rasmi akan memulakan pelajaran di Uitm Shah Alam untuk 

HM221 : SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PERLANCONGAN 
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PERLANCONGAN :)

I Love U Nuffnang!

Last Week,seronoknya alahai,sebab dah boleh cash out duit dekat Nuffnang sepanjang 6 bulan buat belog ni.
:) Yes. demm happy. and alhamdulillah. even tak banyak tapi for the first time. ia sangat berbaloi.



Yang keduanya pulak. aku menang hadiah untuk Ruumz Contest! buat kali ke dua,alhamdulilah YA ALLAH. tak sangka pulak boleh menang. heee :p tapi masalahnya sekarang hadiah kena collect dekat KL. bila nak collect tuh,idoklah teman tau :D




Thank you Nuffnang! kerana dirimu begitu berharga. ewahhhh :D

Wednesday, June 9, 2010

K'naan : Wavin' Flag

World cup 2010 dah nak mula dah jumaat ni. tapi saya tak minat bola! tapi kalau pakwe saya minat bola,saya boleh try untuk minat bola jugak.haha. 

tapi takpe,even tak adalah saya minat bola. tapi saya kenal pemain yang hensem-hensem tu macam david beckham,Christiano Ronaldo dan Ronaldiho. tapi jap,Ronaldiho tu hensem ke? -.-'

tak kisah la,untuk menyemarakkan lagi kehebatan World Cup 2010 ini,saya dengan ini mempersembahkan untuk anda dengar lagu tema world cup 2010 by K'naan dan celebirity dari seantero dunia. ewahhhh! (; macam yang video kat bawah ni,featuring penyayi dari eygpt kot. unique. Bila dengar tetiba rasa berkobar-kobar pulak nak main bola :D





Yang ni tak sure pulak featuring dengan siapa.tapi still best gak! (:











Monday, June 7, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

Hari ni,entry saya agak serius sikit sebab saya nak memberi ulasan sedikit untuk Project Alpha Season 2 buat kali terakhir.

Seperti yang sedia maklum,Project Alpha Season 2 akan hampir sampai ke penghujungnya. Sebanyak 49 episode kesemuanya telah ditayangkan secara online. Awak-awak semua dah tengok ke belum?Even Project Alpha ni dikenali dikalangan blogger je tapi jika awak terlepas atau  jika belum tengok boleh catch up dekat (Klik Sini) :)

Bagi saya,setiap episode mempunyai moment-moment yang tersendiri bagi setiap blogger yang terpilih. seriously melalui video-video online yang saya tengok,BANYAK benda baru yang saya belajar. 

Melalui Video Episode 11 sehingga 19,Niki Cheong dan Jojo Stryus nak pergi London,barulah saya tahu macam mana environtment KLIA sebenarnya. Amat kuno disitu. In that episode,saya baru tau yang kita kena naik train untuk ke Gate Departure sebelum boarding. -.-'. i can see clearly the environtment bila dapat lepak dekat Vvip Mas tu. boleh tengok makanan best-best. Layanan Stewardess MAS lagilah superb. 

melalui kesemua episode,saya boleh lihat yang blogger-blogger ni amat friendly sesama sendiri bila di alam nyata. auwww! dorang look very friendly okay. sampai saya agak berangan untuk tercalon dalam Project Alpha Season 3.Hahaha. tapi belog picisan ni,mana boleh terpilih.wakaka. takpe tanam impian :p

Yang Penting,Banyak gila tips yang blogger-blogger ni kasi. On the same time,i know macam mana life blogger-blogger ni and macam mana mereka menjalani hari-hari mereka. Banyak best,banyak enjoy,on the same time they became a famous blogger kan. 

for meee! Project Alpha Season 2 terbaik! we want morreee :D




















Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, June 3, 2010

Gimme Food on Flights

 Untuk berada dalam perut kapal terbang selama berbelas-belas jam dari malaysia ke destinasi yang anda inginkan adalah bukan perkara yang mudah.

Sedap tak terhingga sehingga menjilat jarilah jika MAS boleh serve passenger semua dengan Chicken Chop for lunch and Fish and Chip for Dinner. i will pay more untuk makan dalam flight sambil dilayani oleh pramugara-pramugara. pramugari taknak.haha.






Pasti perjalanan yang memakan masa berbelas-belas jam tidak dirasai dengan penerbangan Malaysia Airlines :)









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Wednesday, June 2, 2010

Tips untuk Update Status Via Device seperti Iphone,Blackberry,or etc.

Dulu ingat lagi,bila tengok artis-artis update status dekat facebook via blackberry, saya pun mengidamlah nak beli Blackberry. Yang China punya pun tak apa,janji blackberry!haha. itu dulu,sebabnya saya teringin nak update status,then keluar facebook via blackberry.biar orang jeles mcm gambar dekat bawah tu.haha.

Tapi kini tidak lagi,sebabnya dah ada satu applications ni yang membolehkan kita update status dengan pelbagai device-device yang ada di dunia ni. trick yang amat comel. membuatkan kita tersenyum lebar bila nak update status :p lagi-lagi via blackberry. haha.


First step : Login to This Funny Status and More (Klik Sini)
akan keluar macam ni.



Second Step Select Update Via

Third Step  : Choose any device yang awak nak guna kan.
contoh via blackberry,pilih gadjet. then all the list will appear on screen.
so macam saya pilih, update status via Blackberry punya Randy kerna ga mampu beli sendiri. apa punya device entah ni.hahaha. then klik kat situ.then wait for 10seconds.




4th : klik on the Device,lepas tu tunggu response dia.




INCASE KALAU TAKDE APA-APA RESPON TU KAN, maknanya device yang anda pilih tu tak berfungsi lah. so kenalah pilih yang lain yang bila anda klik device tu dia akan keluar macam ni.tadaaaa :p



Kelima: Update lah status,tulis la macam biasa dan publish.then that status will be appear on your facebook.
yeayyy!! :)


p/s: thanks to sifu Gengster Terguris ya. :) Pergi add dia dekat facebook. :)

tapi kadang-kadang macam nak menunjuk pulakkan,sekejap Iphone,sekejap blackberry,sekajap Uitm Penang Wifi.Haha Try la buat. untuk seronok seronok. :D

Thursday, May 27, 2010

Vacancy

Saya menjadi agen mencari kerja untuk hari ini. memandangkan saya sudah bekerja dan telah mendapat gaji semalam,saya terpaksa melepaskan peluang ini kepada anda semua yang berminat terutamanya yang berada di Penang.

Untuk Maklumat:

Position      : Customer Service
Allowance    : 1200++
Company     : Cargo Import Export,Penang Airport Bayan Lepas

Berminat,sila hubungi Puan Mariani : +6013 - 467 6739..

  

The Biggest Loser Asia season 2 auditions open now!

Hye ladies & Gentleman! (:
sesiapa yang mempunyai badan apple mcm saya.jom ramai-ramai kita pergi audition season 2 pada 13Jun di The Curve nanti nak tak. untung-untung dapat masuk tv. HAHA!



kot ya pun nak kurus jangan la rajin sangat pergi audition dekat bangkok eh. pergi jalan kaki pulak tu. memang betul nak kurus ni. kagum juri tu nanti terus terpilih. Jangan buat macam tu dik. bahayaaa T.T
kita pergi kat the curve je. ok engat ya. 13 June dekat The Curve! Siap bold lagi. audition sama-sama eh. :p

Tuesday, May 25, 2010

Desktop Wallpaper


semangat ku untuk meneruskan kerja setiap hari bermula hari sabtu hari tu.
Ohhhhh Shahirr...... :D

Kau ada?Takde.hehehehe

Monday, May 24, 2010

My Wiggy Design


inilah bentuk wiggy yang menjadi angan-angan saya. comel gila. :D









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Shahir AF8 : Kebahagiaan Dalam Perpisahan Lirik

Bila tengok muka Shahir AF8,tetiba jadi takde mood nak bercakap.haha. sebab dia HENSEM! dah macam kena paku dah ni. haha gedik! :D
kita layan jelah video klip shahir ni.hari-hari aku dok menyanyi lagu ni. dah kena badi apa pun tak tau la. tah pape Adlin Aman Ramli cakap lagu ni mcm lagu dulu-dulu. dulu-dulu pun besh apaa..





Shahir AF8 : Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
p/s: jadi lah Fan Club Shahir Kat Facebook. This is a Real Facebook Fan Page Shahir (Shahir Af8) :D
Curik gambar dari Fan Club Shahir AF8. ololololo.Hensemnyaa gigi besi niiii..hehehe.

Sunday, May 23, 2010

Adira AF8: Ku Ada Kamu Lirik

Semalam,Bila dengar Adira menyanyi lagu ni sumpah best. betul cakap Adlin Aman Ramli,semua pelajar buat persembahan terbaik tapi 'soul' tu Adira yang pegang. Bila dia menyanyi dari hati, penonton kat rumah ni pun dapat merasai kot. meremang bila dia menyanyi.syahduu je rasa. ecece. sure lepas ni jadi back up song cerita drama melayu sedih sedih kan. Btw,Congratulations Adira! No 2 pun okay apa. still dapat Satria Neo kan. ok apa. I believe you will be one of the famous female singer after this! (:


Adira AF8- Ku Ada Kamu Lirik

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

(korus)
Andainya hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andainya hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
(korus)

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

(korus)

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Saturday, May 22, 2010

Perlu atau tak?

Bismillahiramanirahim.

Alhamdulilah,akhirnya laptop sudah siap dibaiki yeay! (:
sebelum ni,my laptop problems LCD panel dia dah longgar,so i need to put something on the back macam kotak untuk tahan screen bagi kukuhkan screen dari mengeliat lagi ke belakang. dah naif sangat dah ni. sebelum dia proceed untuk rosak dengan lebih teruk so better repair. then hampir rm200 jugak melayang. (^.^)v  very happy. dammit!

On the same time, battery laptop pun dah kong. bila tak guna charger,posibiliti dia untuk bertahan hanya untuk 5minit. again. so naiff!if nak beli mahal pulak kan.

nak dijadikan cerita,when i send my laptop dekat satu kedai in Klang ni, battery laptop and adaptor laptop tak bawak pun. bila nak collect tadi, tetiba tempat letak cd tu tergelongsor keluar,memang terbaik. rupanya lelaki tu lupa letak skru. so im going back to the shop,then suruh dia repair balik. apa niiiiii......

after a few minute dia repair, dia nak try on laptop either tempat letak cd or dvd tu berfungsi o tak. then dia tanya
'u ada bawak batery ke? me replied: ha?oh takde,semua dekat rumah' thank you semua, dengan selamba i brought the laptop dengan orang tu punya batery tu sekali.

so how come ha? (cuba related kan apa yang telah i boldkan) if youre in my conditions what suppose you do?? dia tak col pun suruh hantar balik ke I need pergi kedai tu balik pulangkan? ayoyoyoooo. -.-'

Friday, May 14, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010 JOB FAIR)

Seperti yang sedia maklum,karnival ni dah dua hari berlangsung dekat Pwtc ya. sejauh mana keberkesanan graduan untuk mendapat kerja tidaklah diketahui. so untuk mengetahuinya,sila lah pergi ke pwtc. :)

Dan untuk ke PWTC bukan lah pergi melenggang kangkung macam ke pasar. semua para-para graduan hendaklah menyiapkan diri dari segi semangat dan informasi-informasi terkini seperti menyediakan pertahanan yang kuat seperti Piala Thomas yang berlangsung sebentar tadi. oh sayang,malaysia kalah 3-0. Btw Lin Dan hensem. oh mai god. oh mai goddd =.='

Ok.untuk ke karnival kerjaya dan keusahawanan graduan (K3G 2010 Job Fair) ini. calon-calon hendaklah :

a. memakai pakaian yang sesuai. etika berpakaian untuk mencari kerja. first impression itu penting.

b. membawa resume dan dokumen yang lengkap

c. mengetahui serba-sedikit tentang syarikat yang menawarkan pekerjaan

d. Kenali potensi diri anda dan kelebihan-kelebihan diri

e. Jangan membawa pakwe atau makwe ya. sebab anda didapati tidak bersungguh apabila mencari kerja sambil bekepit dengan Gf/Bf.

Itu sahaja dari saya. Syazleen Ismail melaporkan untuk Astro Oasis :D
.

Mizz Nina feat.Colby O'Donis - What you waiting for [ Official Music Vid...





Sumpah lagu ni best gila.Tersangat berbangga dengan Mizz Nina :D

Mizz Nina feat.Colby O'Donis - What you waiting for Lyric


Chorus (Colby)
Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for
Chorus (Mizz Nina)
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for
(Colby)
It’s your birthday so tell me what you wanna do
(Mizz Nina)
It’s my birthday I really wanna get with you
(Colby)
Drop the beat now and baby we can get it started
(Mizz Nina)
We’ll go insane and take it to the after party
(Colby)
So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah
(Mizz Nina)
Sexy’s my name
Yeah sexy is my name
(Colby)
Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game
(Mizz Nina)
Ok I like to play
I I like to play ay
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)
Verse
(Colby)
Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur
(Mizz Nina)
Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor
(Colby)
I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP
(Mizz Nina)
And if I ask nice can I take you home with me
Ulang Verse 2X
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)
(Colby)
Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol
(Mizz Nina)
We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh
(Colby)
I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low
(Mizz Nina)
Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

Thursday, May 13, 2010

How Many Wiggies?

This is my favourite untuk main kira-kira! :D


THE ANSWER IS : 220!!

Catch up the Project Alpha Season 2 
Episode 22




Episode 23

Episode 24



Episode 25



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Wednesday, May 12, 2010

Satu Banyak-banyak,dua Kadang-Kadang. Apa benda jawapanya?

I rasa macam nak update belog tapi mood sekarang dah ke laut china selatan dah rasanya.dengan laptop yang rosak,dah di kuarantin selama 3 hari dekat kedai komputer tu.oh sungguh naif rasanya. terus tertutup nafsu untuk mengupdate. mood pun jarang-jarang ada. kadang-kadang sampai takde. tapi jika I terlampau rajin,dekat sehari tu 2,3 entri jugak I post,tapi bila dah malas terus senyap.Macam tengah lalu dekat kawasan kubur cina je dia punya sunyi.hari hari duduk tengok kubur yang sama. Sambil dalam hati tertanya-tanya bila orang lain nak mati ni pulak ni?same goes to my blog.bila lah nak naik entry baru.


Dulu bila tengok orang lain ada belog,then I rasa. "aku nak ada belog jugak lah". lepas tu,bila dah ada belog,satu masalah lain pulak timbul. tak tau nak tulis apa. How come kan? dari I duk merapu benda yang sama dengan orang lain update baik i senyap je. :)

Bye..Ini bukan teka teki.:D
P/s: point sebenar entri hari ini ialah tadi ada orang bagi RM50 lagi yeay! :)

formspring.me

Oh Mai godd. Saya suka tiru orang ke ni? orang ada formspring,then saya pun ada formspring.

Bukan lah,saya sangat mengikut peredaran zaman. teehee :D

Then, 

Ask me anything http://formspring.me/syazleen :))

Saturday, May 8, 2010

Saya nak awak try buat quiz ni! KUIZ PERSONALITI DIRI

1. Langkah berjaga-jaga yang pertama. semua sila klik link kat bawah ni. 




2.seterusnya : application yang macam ni akan keluar
isi kan tempat kosong dengan bersungguh-sungguh. honest ya.ikhlas dari hati. tak nak tipu.






3. Isi tempat semua tu macam yang saya buat ni. ini hanya contoh ya.




4. tekan semak. tutup mata kejap. lepas tu tengok jawapan dia. haha.
memang terbaik lah. tak tau nak cakap apa. memang siot! :p






Tengok siot ke tak siot. pfft. trylah. haha. hilangkan bosan di hari sabtu ;D 


p/s:lepas tu update saya apa jawapan korang okay.
Thank you Feeqa Mazlan sebab suruh aku buat.haha

Tips: 10 terbaik hadiah Hari Ibu


 Selamat hari ibu kepada semua wanita-wanita yang pernah mengandung dan melahirkan. Yang tak pernah mengandung juga diucapkan semoga cepat berkahwin dan menjadi ibu. sebabnya,apabila dah dekat hari ibu ni,ibu-ibu boleh demand hadiah yang best-best dari anak-anak.tetiba rasa macam Chritsmay Day bila masing-masing sibuk fikir kan hadiah apa yang nak bagi kat ibu-ibu kan. (:

Hadiah tak perlu lah mahal-mahal,janji biarlah seikhlas hati tanda kita sentiasa teringkatkan dan sayangkan mereka kan. cuba cakap siapa tak seronok bila orang bagi hadiah. siapa tak suka? habaq mai. meh bertaruh lawan siku.-.-'

berikut katanya adalah hadiah-hadiah yang sesuai untuk para-para ibu tanpa mengira usia :

1. Bawak mak pergi dinner. ajak semua sekali. mak ayah atuk nenek semua. surelah sempena mothers day ni,bertungkus lumus semua restoren buat promotions sempena mother days. ta percaya pergi survey.


2. Kasut dan handbag. belilah sepeket terus handbag dengan kasut.sure senyum lebar punya. ta payah nak beli carlo rino pun takpe. murah-murah sudah. yang penting. IKHLAS! sure 2,3 hari mak tidur peluk beg.



3: Hadiahkan ibu dengan kasih sayang dan doa (: mudah dan tak perlu mengeluarkan wang.

4.Masak something special khas untuk ibu anda. tutup matanya dan buatlah suprise party. juga bawakan sebiji kek untuk ibu anda. raikan mereka seperti permaisuri arab disertakan tarian belly dancing.pastikan ibu tiada lemah jantung!haha.

5. Minyak Wangi dan alat kosmetik. m.a.c,sillky girl,etc..

6. Create something special dan bermakna seperti kumpulkan semua gambar anda bersama ibu juga gambar-gambar family yang lain. hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri. buatkan ia secomel mungkin. tulis lah quote yang bermakna seperti "IBU,without you im dying" siapa nak masak kalau ibu takde? ibu we love you. simple tapi bermakna. -_____-'. yang penting kamu buat sendiri.

7.Sejambak bunga dan pastikan bunga itu besar dan cantik!



8. Sesetengah mak ni,kalau buat apa yang dia suruh pun dah kira okay dah bagi dia. dah cukup berbaloi dah tu. tak perlu beria bagi barang kemas ke habib jewels ke hape. tapi kalau bagi sure hambik jugak lepas tu pakai hari-hari buat g pasar. haha.

9. Jus MATE 5. terus touching mak aku nanti. haha.
10. Membawa ibu dan ayah anda menunaikan UMRAH dengan ALIA TRAVEL & TOURS.<--- klik sini. Berkat seumur hidup neh. harga boleh dirunding. sila rujuk di laman web rasmi kami. :D

kepada semua ibu-ibu,saya mengucapkan selamat hari ibu.ibu engkaulah ratu hatiku.muah muahh. (:

ma.puan hajjah nooraini awang.moga dipanjangkan umur. (:
u are really hardworking person untuk memastikan kami hidup dalam kesenangan kan.
thank you mom. :D
Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan tidak mungkin dapat ku balas.

Thursday, May 6, 2010

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN (K3G 2010 JOB FAIR)

Perhatian! Perhatian kepada lepasan-lepasan Diploma,dan lepasan-lepasan Ijazah.



Disini pada hari ini saya dengan bangganya menjemput anda dan anda semua untuk ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan! pada 14-16 May 2010 hari jumaat hingga sabtu di Putra World Trade Centre (PWTC)

elok sangat lah pameran ini diadakan bagi yang menganggur ataupun bagi sesiapa yang tak puas dengan gaji yang ada sekarang eloklah pergi survey kat sana sebabnya dianggarkan 500 Syarikat akan membuka booth untuk mencari pekerja-pekerja.

Ibarat kata pepatah

Menteri Pengajian Tinggi

Minister of Higher Education
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

"inilah peluangnya untuk anda menghantarkan resume dan menonjolkan diri kepada bakal majikan dari syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka. Manfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan berkunjung ke Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia dari 14 - 16 Mei 2010"
15,000 peluang pekerjaan perlu diisi !!
masuk adalah percuma 


p/s:maknaya kena bawak resume dengan pakai smart-smart macam nak pergi mintak kerja la kot ni.  
maklumat lanjut sila layari 
 

Mintak-mintaklah membe-membe den dah bercuti.kalau tak alahai melepas la den nak pergi sana.

Honda Freed terbaru di pasaran.

Baby terbaru dari HONDA.
-
-
-
-
-
-


Mempersembahkan 

Atoz Prima.

eh eh silap!

mcm mana kereta ni boleh sesat lalu sini! :p


sebenarnya nak memperkenalkannnnn!!!

HONDA FREED
  1.5L i-VTEC Engine
Dual Layer Dashboard
Automatic Silding Door with remote control. 
Walktrough Cabin
5AT and Drive By Wire

dalam dia luas.lebar.siap boleh berlari lari lagi. sesuai la kot untuk sesiapa nak bawak kawan-kawan berjalan ramai-ramai. kalau orang nak mintak tumpang pun bangga je suruh naik.haha.
ni kalau drive balik kampus uitm penang. memang bangga habes neh.
gosh! ta bole.ta bole ni. da start berlagak da neh :D


aku da cuba naik honda freed ni.ececeh :D
Tanpa melepaskan peluang! aku pun try drive sampai penang!  amboi kau~

::tapi::

konon-konon jelah. poyo tauke tu nak lepas Honda Freed ni sampai penang? 

iyelah,memang tauke honda tu ayah I kan? -.-'





Mula dari saat ni aku nak keje betul betul. nak dapat duit banyak banyak.nak dapat gaji besar!
haha.gila mata duitan!

No money no talk. sekarang saya nak senyap.
ok bye!

Argghhh Bosan! ;(

Bosan.taktau nak buat apa.

Wednesday, May 5, 2010

Sein atau Farid Kamil yang korang suka dalam adamaya?

Rasa-rasanya la kan kalau watak Sein dalam adamaya tu still dilakonkan oleh Farid Kamil agak agak la lagi best ke lagi tak best ehh?

 Vs

for me,Sein terbaik! sebab nampak ciri-ciri lelaki sejati kot. sweet gila sampai bila tengok adamaya je sure tersenggih-senggih depan tv. berangan lah nak kahwin semua kan! haha. mak.kahwin kan aku sekarang jugak mak! heehehe

sampai abah lalu depan tv pun kene sorok sorok muka bila nak tersengih sesorang. haish. tapi tu masa episode mula-mula dulu la! sekarang ni,dah start konflik macam tak suka je nak tengok. bodoh la maya. pergi layan dani buat apa? laki punya hensem kot.hello maya. jangan buat adam macam tu. kami nak cita ni happy ending. biasalah saya sebagai seorang melayu kan suka cerita-cerita mendayu-dayu macam ni. -.-'

yang pasti amani memang comel gila. dulu before keluar fan page  kami peminat adik mia sara@ amani mati-mati engat budak ni anak betul sein. beria aku gaduh ngan eamy cakap anak sein. alahai rupanya anak orang lain. tapi sumpah comel budak ni. rasa macam nak simpan letak dalam cermin kaca je buat anak patung. grrrr!



Episode last Adamaya ni 16 Mai rasanya. (:(: Happy ending tau pengarah.berlakon baik baik jangan main hentam keromo je eh eh! :D biar penonton macam aku ni rasa terbuai-buai sampai ke langit tu ha tengok final episode adamaya ni. haha. sure berjuta-juta ranking penonton nanti! wait and seee :)

Friday, April 30, 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan

tadi sibuk dok google google benda benda merapu tetiba ternampak benda ni! ececeh. nak copy paste la. sebab aku kan single. saja nak berkongsi kongsi kat korang jugak.hope hopelah lepas ni ada orang nak hantar kad jemputan kahwin pulak kat aku kan.even kita idok le kenal depan depan.tapi dok salahnye kalau deme nak kasi.hehe.
moh le layan tips tips ni ye. dibawakan khas dari blog FERYCO .ditulis oleh dato haji fadzilah kamsah. untuk dikongsi pertama. amik nafas banyak banyak sebab kene baca banyak ni. 60 tips beb! :D

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.



4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, April 29, 2010

Already release

9.10A.M! aku dah abis buat presentation! sedangkan membe-membe aku yang lain terbongkang lagi kat rumah.haha. aku dah abis then aku enjoy eventhough markah entah pahape kan. hope lulus then boleh grad. aminnn! :D
dah jadi pelajar lepasan diploma dah!!!hahaha