Tuesday, November 13, 2012

Selalu Milikmu - Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha

Mood harini macam mood orang baru lepas putus cinta.
*sambil layan lagu Randy Pangalila featuring Marsha* Selalu Milikku.


Lirik Lagu: Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha
*:
Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu anugerah untukku
Meskipun ku tau
Tak pernah kau menjadi milikku

**:
Mencintaimu sepenuh jiwaku
Memiliku bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu

***:
Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti bahwa
Sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu

[Ulang ***]

[Ulang **]

Akankah kita akan bersatu
Jalani cinta ini

[Ulang ***] x2

Sunday, November 11, 2012

Muzium Helah @ Trick Eye Museum I-City Shah Alam Malaysia

 
Museum Helah @ Trick Eye Museum! Museum yang sangat famous dekat Korea Selatan tu, kini.... istimewa buat rakyat Malaysia, khususnya rakyat Shah Alam dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, tak payah susah susah nak pergi Korea dah. Sebab apa, I-City kini sudah pun membawakan museum yang sama konsepnya seperti Trick Eye Museum in South Korea tu ke I-City, Shah Alam yawww :) Ia juga salah satu daya tarikan terbaru di I-City Shah Alam selepas SnowWorld and WaterPark. Jangan tak tau, lepas main salji boleh pergi mandi, boleh main gelongsor air juga dekat I-City tu. Kalau taknak basah basah boleh juga, have fun main games macam dekat funfair tu. Makin best ohhhh I-City ni sekarang :D

 
Museum Eye of Trick in Seoul Korea




Dua gambar dekat atas ni bukan yang ada dekat I-City Shah Alam. Yang ni yang dekat Korea punya. Illusi painting dekat I-city punya tak banyak lagi sebab still under renovation. tapi yang 1st floor punya dah lengkap dengan lukisan-lukisan dah. Mungkin bila dah siap semua lukisan, akan jadi lebih menarik lagi lah kot. Dan mungkin jugak, bila semua lukisan lukisan dah siap, pengunjung dah start kena bayar. Buat masa sekarang ni, (11/11/12) masih free lagi. Buat siapa siapa yang takada apa apa kerja, nak enjoy enjoy boleh datang sini camwhore. hehe :) 


terer tak turun tangga sambil pejam mata.











Meh jejalan dekat Icity Shah Alam uollsss :D




Saturday, May 12, 2012

OST SEINDAH SAKURA

I just loved this song :) suara Mafa pun not bad. 

Lirik Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM - OST Seindah Sakura 

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang *]


Monday, October 31, 2011

Bestfriends buat hal.

Minggu lepas malam sabtu, hari jumaat, rasa tak sedap hati. antara nak stay dekat puncak alam atau nak balik klang rumah mak ayah. tau tak,rasa tak sedap hati,rasa berbelah bagi,rasa taknak bawak kereta, rasa nak orang datang pick up dekat puncak alam bawak balik klang dan rasa tetiba tak reti nak buat keputusan sendiri?! rasa macam macam lah dan sebenarnya semua tu adalah rasa mengada ngada semata. Masalah bukan besar sangat punnnn.

Im decided untuk balik klang juga lah sementara boleh ponteng kerja untuk weekend nih,  and aku amik masa yang sangat lama untuk bersiap. punyalah balik dalam keadaan tak tenteram kan. 


Pahtukan,lepas dah nak dekat sampai rumah ni lah bestfriends buat hal. Dorang bukan buat hal pecah rumah orang ke apa. tapi buat hal yang paling sweet dalam hidup aku. hihihi *tengahsengihsengih.


On my way home, telefon Ekin sebab nak tanya dia, sabtu dia kerja tak. kalau tak kerja, nak ajak dia keluar sabtu tu. and the rest Syira dengan Zyra aku akan update later. tapi malam tu bukan main lagi dia nak cepat cepat nak ended up call. nak cakap lama lama sikit pun tak boleh. fine ekin fineee.

Masuk hal Zyra pulak satu hal,aku ajak keluar dia beria ria taknak. sebab ada hal. ok fine. Si Syira pulak tak habis habis tanya aku dekat mana aku dekat mana. senang cerita masing masing perangai pelik lah. but biasalah tanpa syak wasangka,layan kan jugaklah si syira ni punya soalan.

then ekin call me: "Elin,aku ontheway balik kerja. singgah rumah kau sekejap" 
ok,nanti sampai bagitau. 
ekin: "eh tak,aku dah dekat depan rumah kau"
me: okay *ekin rindu aku lettew sambil semangat bukak bukak pintu rumahh!

pahtu bukak bukak je pintu rumahhh,
Syira,Ekin, Zyra sesama cakap SURPRISEEEEEEEEEEEE!!!!!
siap nyanyi lagu happy birthday sambil syira duduk seronok spray snow palsu tu. nasib baiklah bukan mak atau adik aku yang bukak pintu tu kannn :p 

Alahaiii comelnyalah korang. :D
terharunyaaaaa walaupun baru 28 october! haha. lepas kena prank tu sempat lagi cek kalendar apa pasal dorang buat surprise celebration awal sangat. gilaa tak terharu! terharu SANGAT SANGAT weh. :')


BAGI HINT :P

the mastermind.

Snow palsu syira. muka excited lebih. suka sangattttt~~~ 



happy faceee!! :D


yang pasti aku nampak dominos, beg kertas roxy, and cupcakes! HAHAHAHA
terkejut tak payah cakaplah! they really made my day. thank you bestfriends! hehehe.
i love all of you more more moreee! <3

syira cakap adik dia terduduk atas ni. cupcakes dah penyet serupa ayam penyet dah.
actually ada nama aku & zyra atas tu. hehe.
untung betul dapat dominos malam malam :p


thank you korang untuk dompet yang mahal. sobs sobs :")


syira,zahirah,me,tikin:)


I really dont know what to say bestfriends. tapi terima kasih sesangat. thank you very much. xiexie nimen. :) surprise korang sangat lah menjadi sampai mak aku yang tengah lipat kain pun terkejutkan. Aku tak expected langsung yang korang celebrate aku seawal nih.hehe. takada hint takada apa!hihi. thank you jugak kepada informer dari puncak alam iaitu Lia dengan Dibah. Dalam senyap senyap dorang dah contact Lia dengan Dibah sebab cadangnya nak pergi Puncak Alam tapi disebabkan brithday girl dah balik Klang kena tukar plan. patutlah ekin beria taknak cakap dengan aku, syira sibuk tanya aku dekat mana semua. hehe. Rupa-rupanya dorang ada sama sama masa tu!!! dan patutlah aku gerak hati aku semacam sangat hari tuuu! :')

Patutnya ada video tapi tak boleh nak share. siapa suruh tak call bagitau "elin pakai lah tudung dulu jumpa aku,pakai lawa lawa sikit." haha. ok bai.